Lebih 50 maut tonggak arak buatan sendiri
Sinar Harian
April 11, 2018 15:53 MYT
April 11, 2018 15:53 MYT
Lebih 50 di maut dan ramai jatuh sakit serta dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas meminum arak buatan sendiri yang mengandungi pelbagai bahan beracun termasuk kimia yang digunakan dalam semburan penghalau nyamuk.
Semalam, pihak berkuasa memaklumkan seramai 12 lelaki telah ditahan di Jakarta dan wilayah jiran selepas disyaki menghasilkan dan menjual minuman keras tersebut.
"Ia adalah campuran komponen tidak sesuai untuk diminum. Kami masih menguji kandungannya. Pihak berkuasa telah menyerbu penjual jalanan dan merampas ribuan botol," kata jurucakap polis, Trunoyudo Wisnu Andiko.
Media tempatan turut menyiarkan gambar keluarga yang bersedih di luar bilik mayat hospital di beberapa bandar. - Reuters