Lebih 36,000 terbunuh dalam 8 bulan perang Israel di Gaza

Astro Awani
Jun 7, 2024 23:40 MYT
Dalam tempoh 24 jam lepas, sejumlah 77 nyawa terkorban, sementara 221 yang lain cedera akibat serangan. - Foto AP
GAZA: Tempoh lapan bulan perang Israel di Gaza, sudah mengorbankan lebih 36,000 mangsa sehingga kini.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, daripada jumlah itu, sejumlah 77 nyawa terkorban, sementara 221 yang lain cedera akibat serangan dalam tempoh 24 jam.
Serangan terbaharu rejim Zionis turut menyaksikan sekolah di bawah panji PBB, yang menjadi pusat perlindungan penduduk Palestin dibedil.
Sekurang-kurangnya 40 orang maut.
Israel seperti kelaziman mendakwa serangan ke atas sasaran itu dilancarkan kerana memburu pejuang Hamas.
Sehingga kini pengantara Mesir dan Gaza menjangkakan Hamas akan mengemukakan maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
#Gaza #Terbunuh #serangan #Israel