Lebih 33,000 lepasi pemeriksaan sempadan Singapura-Malaysia 1 April

Bernama
April 2, 2022 23:12 MYT
Pada 24 Mac, kedua-dua negara mengumumkan persetujuan membuka semula sempadan darat mulai 1 April tanpa perlu mengambil ujian saringan COVID-19 atau menjalani kuarantin. - Gambar/ Bernama
SINGAPURA: Seramai 33,700 pengembara dibenarkan melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat 5 petang Jumaat (1 April), hari pertama pembukaan semula sempadan darat Singapura-Malaysia, lapor CNA pada Sabtu.
Menurut laporan itu, 3,500 pelancong tiba di Singapura dengan bas; 1,600 dengan kereta; dan 1,000 dengan motosikal.
Sementara itu 9,400 pelancong dari republik itu menaiki bas; 9,700 dengan kereta; dan 8,500 dengan motosikal ke Malaysia.
Pada 24 Mac, kedua-dua negara mengumumkan persetujuan membuka semula sempadan darat bagi pengembara yang lengkap vaksin mulai 1 April tanpa perlu mengambil ujian saringan pra-berlepas dan ketibaan COVID-19 atau menjalani kuarantin.
Pada 1 April, ICA menerusi laman sesawangnya melaporkan lebih 11,000 pelancong melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat 7 pagi.
Secara keseluruhannya, aktiviti rentas sempadan di pusat imigresen berjalan lancar menjelang 1 pagi.
-- BERNAMA
#Singapura #Malaysia #hari pertama rentas sempadan #Woodlands
;