Lebih 300 murid diculik militan Boko Haram dibebaskan

Astro Awani
Disember 17, 2020 06:31 MYT
Abu Bakar Shekau mendakwa penculikan tersebut dibuat kerana sekolah itu menggunakan sistem pendidikan barat yang didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. -Gambar fail
ABUJA: Lebih 300 murid sekolah yang diculik kumpulan militan Boko Haram di Nigeria telah dibebaskan.
Menurut Gabenor Katsina State, kesemua 344 kanak-kanak tersebut telah dibawa pulang oleh pihak keselamatan.
Pada Khamis, kumpulan pemberontak Boko Haram mengeluarkan video yang didakwa menunjukkan lebih 300 kanak-kanak yang diculik dari sekolah berasrama di bandar Kankara.
Kesahihan video tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Dalam video berasingan, pemimpin Boko Haram, Abu Bakar Shekau mendakwa penculikan tersebut dibuat kerana sekolah itu menggunakan sistem pendidikan barat yang didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.
Penculikan itu mencetuskan kemarahan seluruh negara yang mengkritik kerajaan kerana tidak mengambil tindakan untuk menghentikan serangan di sekolah.
#Boko Haram #penculikan kanak-kanak #murid sekolah diculik #kumpulan militan #Abu Bakar Shekau #Katsina State
;