Lebih 30 maut dalam tembakan rambang di taska di Thailand

Agensi
Oktober 6, 2022 08:29 MYT
Pihak berkuasa Thailand mengedarkan gambar suspek di media sosial susulan insiden serangan di daerah Nong Bua Lamphu. - Sumber foto Twitter Biro Siasatan Pusat Thailand
LEBIH 30 maut dalam serangan tembakan rambang di sebuah taska di daerah Nong Bua Lamphu, di Thailand pada Khamis.
Menurut Mejar Jeneral Polis Achayon Kraithong, penyerang melepaskan tembakan pada tengah hari Khamis di tengah bandar berkenaan.
Tambah beliau, mangsa yang terkorban termasuk kanak-kanak dan dewasa.
Susulan insiden berkenaan, penyerang dilaporkan membunuh diri.
Seorang jurucakap pejabat hal ehwal awam berkata, 26 kematian disahkan setakat ini, termasuk 23 kanak-kanak, dua guru dan seorang pegawai polis.
#tembakan rambang #Thailand #Achayon Kraithong #penyerang bunuh diri