Lebih 25,000 maut akibat keganasan senjata api di AS tahun ini
Bernama
Ogos 2, 2023 14:18 MYT
Ogos 2, 2023 14:18 MYT
WASHINGTON: Lebih 25,000 orang maut di seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat keganasan berkaitan senjata api tahun ini, menurut data pemantau pada Selasa.
Arkib Keganasan Senjata mengira 25,193 orang ditembak mati sehingga 1 Ogos, menurut Agensi Anadolu.
Jumlah itu termasuk 11,135 orang yang maut akibat pembunuhan berkaitan senjata api, pembunuhan, tembakan tidak disengajakan dan penggunaan senjata api sebagai pertahanan diri.
Kira-kira 14,058 orang meninggal dunia akibat bunuh diri berkaitan senjata api.
Sebanyak 421 kejadian tembakan beramai-ramai direkodkan setakat ini ketika arkib mencatatkan 86 kes pembunuhan beramai-ramai pada Julai, tertinggi untuk tahun ini.
Secara keseluruhan, 22,175 orang cedera akibat keganasan berkaitan senjata api pada 2023, menurut arkib.
Lebih 580 kanak-kanak telah ditembak setakat tahun ini selain 3,325 remaja.
-- BERNAMA