Lebih 22,500 warga China didakwa kerana jenayah kewangan pada 2023

Bernama
Disember 28, 2023 18:07 MYT
pihak berkuasa kehakiman di seluruh China mengarahkan penahanan 11,060 suspek kerana penipuan dan salah urus kewangan dari Januari hingga November. - Gambar fail/Reuters
BEIJING: Pihak berkuasa kehakiman China mendakwa 22,529 orang dalam tempoh 11 bulan pertama pada tahun 2023 atas pelbagai jenayah kewangan, menurut Pejabat Pendakwa Raya Republik Rakyat China pada Khamis, lapor Sputnik.
Menurut kenyataan, pihak berkuasa kehakiman di seluruh China mengarahkan penahanan 11,060 suspek kerana penipuan dan salah urus kewangan dari Januari hingga November.
Sejumlah 15,590 orang menghadapi pertuduhan pengeluaran deposit haram dan penipuan dalam pengumpulan dana, merosot 5.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, manakala 316 lagi dituduh melakukan jenayah berkaitan sekuriti atau peningkatan sebanyak 11.7 peratus tahun ke tahun.
Selain itu, 430 orang dipertanggungjawabkan ke atas jenayah yang melibatkan dana pelaburan langsung, iaitu 36.7 peratus kurang daripada 11 bulan pertama 2022, manakala 2,106 orang lagi didakwa atas penipuan berkaitan instrumen kewangan dan pinjaman, dan 2,301 orang lain didakwa membabitkan pengubahan wang haram.
-- BERNAMA
#Pihak berkuasa kehakiman China #jenayah kewangan #penahanan suspek #kes penipuan
;