Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala hampir 100 penumpang diselamatkan dalam kejadian bot pelancong meletup awal hari ini.
17 yang lain dilaporkan hilang.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, 17 orang turut tercedera dalam kejadian yang dipercayai berpunca dari litar pintas pada penjana kuasa pada bot berkenaan.
Ketika kejadian dianggarkan 200 penumpang berada di atas bot yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pulau Tidung, destinasi pelancongan popular yang terletak 50 kilometer dari ibu negara itu.
“Bot Zahro Express terbakar sejurus meninggalkan pelabuhan Muara Angke di Utara Jakarta awal pagi Ahad,” kata jurucakap polis Thousand Island.
Jurucakap Jabatan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata laporan awal yang mengatakan hanya 100 penumpang berada di atas bot, adalah tersasar.
Kemalangan di laut kerap berlaku di Indonesia kerana kawasan kepulauan yang luas serta perkhidmatan bot yang beroperasi tanpa jaket keselamatan yang mencukupi menjadi antara punca kejadian.
Agensi
Sun Jan 01 2017

Ketika kejadian dianggarkan 200 penumpang berada di atas bot yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pulau Tidung. - REUTERS/Darren Whiteside

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

Letupan bom di Nigeria korbankan 27 gembala
Sekumpulan 27 pengembala Fulani terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sebutir bom meletup di kampung Rukubi di sempadan antara negeri Nasarawa dan Benue di tengah Nigeria.

Dua bom meletup di Yala, tujuh wartawan antara 25 yang cedera
Bom buatan sendiri yang pertama meletup pada kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan) di luar pejabat SBPAC, dipercayai bertujuan menarik orang ramai keluar.