Lebih 20,000 sertai protes bersejarah tuntut reformasi monarki

Astro Awani
September 20, 2020 06:28 MYT
Petisyen tersebut dikemukakan kepada Ketua Polis Metropolitan di hadapan Grand Palace. -Reuters
Protes bersejarah di Bangkok, Thailand berakhir semalam selepas satu petisyen dikemukakan oleh penunjuk perasaan.
Ia menuntut reformasi monarki, termasuk mengehadkan kuasa raja dan perbincangan bebas berhubung sistem pemerintahan beraja.
Petisyen tersebut dikemukakan kepada Ketua Polis Metropolitan di hadapan Grand Palace.
Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 20,000 peserta menyertai protes pada Ahad.
Penunjuk perasaan turut memasang sebuah plak di Sanam Luang sebagai simbol gerakan demokrasi baharu.
Pada plak itu terpahat tuntutan penunjuk perasaan bahawa "negara ini milik rakyat, dan bukan milik monarki'.
Protes dijangka berterusan sehingga mencapai kemuncak pada 14 Oktober yang merupakan ulang tahun pemberontakan pelajar pada 1973.
Protes bersejarah ini melanggar tradisi rakyat Thailand dengan mencabar kuasa raja secara terbuka.
Salah laku fitnah terhadap institusi diraja Thailand boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga ke 15 tahun.
#kuasa raja #Penunjuk perasaan #reformasi monarki #Sanam Luang #sistem pemerintahan beraja #Thailand
;