Lebih 20,000 penduduk di Nagasaki Jepun dinasihat berpindah akibat hujan lebat
Bernama
September 15, 2023 16:09 MYT
September 15, 2023 16:09 MYT
TOKYO: Lebih 22,500 penduduk di wilayah Nagasaki Jepun dinasihatkan untuk berpindah berikutan hujan lebat melanda kawasan itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK pada Jumaat.
Hujan lebat yang melanda bandar Sasebo telah dianggarkan berada pada tahap keempat kecemasan daripada lima.
Tahap keempat bermakna orang ramai dikehendaki berpindah ke tempat selamat sementara berpeluang berbuat demikian.
Media melaporkan Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran pada Rabu mengenai keadaan atmosfera yang tidak stabil di barat daya Jepun, yang kemudiannya menyebabkan hujan lebat disertai guruh.
Cuaca buruk turut diramal melanda kawasan utara dan timur laut negara itu.
Agensi itu meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh, banjir, sungai melimpah, kilat dan angin kencang.
--BERNAMA-SPUTNIK