Lebih 2 juta pelajar di Korea Selatan kembali ke sekolah
Isabelle Leong
Mei 27, 2020 13:16 MYT
Mei 27, 2020 13:16 MYT
LEBIH dua juta pelajar Korea Selatan kembali ke sekolah pada pagi Rabu selepas penularan wabak COVID-19 mengehadkan pergerakan rakyat di republik tersebut.
Fasa kedua pembukaan semula sekolah tersebut melibatkan pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Ia sebagai usaha kerajaan Korea Selatan dalam membantu rakyatnya membiasakan diri kembali menjalani kehidupan dengan normal baharu.
Langkah berjaga-jaga yang ketat diambil dengan ibu bapa dan anak-anak menjalani pemeriksaan suhu badan sejurus sampai di premis sekolah.
Bagaimanapun, kira-kira 400 sekolah dan tadika memutuskan untuk menangguhkan pembukaan semula disebabkan peningkatan jumlah kes COVID-19 baru-baru ini di Korea Selatan.
Pada 20 Mei, sebanyak 400,000 pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah setelah terkurung di rumah untuk dua bulan.
Korea Selatan mengumumkan rancangan membuka semula sekolah rendah dan menengah secara berperingkat mulai 20 Mei hingga 1 Jun untuk semua 5.5 juta pelajarnya.
#COVID-19
#Korea Selatan
#koronavirus
#langkah berjaga-jaga
#normal baharu
#pelajar
#pembukaan semula sekolah
#sekolah
#Sekolah Menengah
#sekolah rendah
#tadika