Lebih 2 juta jemaah tunaikan ibadah haji

Astro Awani
Jun 26, 2023 07:15 MYT
Burung berterbangan semasa jemaah haji tiba di Masjidil Haram di kota Mekah. - Foto REUTERS
MEKAH: Seramai lebih dua juta jemaah seluruh dunia menunaikan ibadah haji tahun ini.
Ini menjadi ziarah terbesar sejak pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan langkah pengurangan jumlah jemaah menunaikan ibadah itu kerana sekatan pandemik COVID-19.
Kira-kira 24,000 bas tersedia untuk membawa jemaah, tidak termasuk 17 kereta api yang membawa 72,000 penumpang setiap jam.
Umat Islam melakukan ibadah haji ke Mekah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, jika mereka mampu.
Kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan hari wukuf pada Selasa ini, manakala Aidiladha disambut pada Rabu.
Haji dan umrah menjana ekonomi kira-kira AS$12 bilion setahun kepada Arab Saudi.
#jemaah #Haji #COVID-19 #Aidiladha
;