Lebih 170,000 di Chile terjejas akibat ribut hujan batu
Agensi
Februari 1, 2021 07:05 MYT
Februari 1, 2021 07:05 MYT
LEBIH 170,000 orang terjejas akibat cuaca buruk yang melanda Chile bermula 29 Januari lalu.
Cuaca buruk, termasuk angin kencang, hujan air batu dan hujan lebat yang melanda selatan tengah Chile beberapa hari lalu telah menyebabkan terputusnya bekalan elektrik dan membinasakan puluhan buah rumah.
Kawasan yang terjejas meliputi Santiago Metropolitan, O'Higgins, Valparaíso, Maule, Araucanía, dan Bío Bío.
Selain itu, banjir dan tanah runtuh juga dilaporkan di beberapa kawasan.
Dalam masa 24 jam, Santiago merekodkan kuantiti air hujan yang biasanya diterima dalam tempoh enam bulan dari November hingga April.
Sementara itu, menurut pejabat meterologi Chile, Quinta Normala merekodkan 31.4 milimeter (mm) dalam tempoh satu hari pada 29 Januari, mengalahkan rekod hariannya iaitu 22.4 mm pada 1933.
Dalam perkembangan sama, Requinoa mencatatkan 70.3 mm air hujan bagi tempoh yang sama, Pirque dengan 49.3 mm dan Longavi dengan 47 mm.
Kira-kira 1,353 orang terasing di Alto Biobio Commune akibat banjir manakala 521 lagi tinggal di pusat perlindungan sementara.
Lima rumah musnah, 37 lagi mengalami kerosakan teruk dan puluhan yang lain masih belum dinilai.
Kekeruhan air sungai juga menimbulkan ancaman besar terhadap air miniman.
“Kekeruhan air di Sungai Maipo (ibu negeri Santiago) adalah tinggi.
“Jika ia berterusan pada waktu pagi, keadaan bekalan air perlu dinilai,” kata Menteri Dalam Negeri, Ordigo Delgado.