Lebih 150 pertubuhan gesa Biden tutup Guantanamo
Bernama
Januari 12, 2023 12:07 MYT
Januari 12, 2023 12:07 MYT
WASHINGTON: Lebih 150 pertubuhan mengutus surat kepada (AS) Joe Biden menggesa beliau untuk "mengutamakan mengenai penutupan kem tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba".
Surat itu ditandatangani oleh 159 pertubuhan dari AS dan negara lain yang terbabit dalam aktiviti seperti hak asasi manusia antarabangsa, hak pendatang, keadilan perkauman dan memerangi diskriminasi anti-Muslim, lapor Agensi Anadolu.
"...Menutup kemudahan tahanan Guantanamo...dan tidak lagi menggunakan pangkalan tentera untuk penahanan besar-besaran yang menyalahi undang-undang.
"Kami menggesa supaya anda bertindak tanpa berlengah-lengah dengan cara yang adil yang mempertimbangkan kemudaratan terhadap lelaki yang telah ditahan selama dua dekad tanpa perbicaraan yang adil," menurut pertubuhan itu.
Sementara itu, Agensi Anadolu juga melaporkan perhimpunan maya diadakan pada Rabu sempena 21 tahun pembukaan kem tahanan di Teluk Guantanamo yang diwujudkan selepas serangan 11 Sept 2001 untuk menahan suspek yang ditahan di Afghanistan, Iraq dan tempat-tempat lain.
Kem tahanan itu, juga dikenali sebagai "Gitmo," dan kira-kira 780 telah ditahan sejak ia dibuka.
Kebanyakan mereka yang ditahan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.
Pada masa ini terdapat 35 tahanan dan 20 daripadanya layak untuk dipindahkan.
-- BERNAMA