Lebih 12 maut dalam letupan kilang mercun
Agensi
Februari 12, 2021 06:29 MYT
Februari 12, 2021 06:29 MYT
TAMIL NADU: Lebih 12 mangsa dilaporkan terkorban di selatan India pada Jumaat susulan letupan di sebuah kilang mercun.
Pihak berkuasa memaklumkan letupan berlaku di kilang yang terletak di Virudhunagar, Tamil Nadu di selatan negara itu.
Jumlah mangsa yang tepat belum diketahui, tetapi laporan menyebut puluhan yang lain cedera.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan kemalangan itu sebagai menyedihkan.
"Pada saat ini, saya mendoakan keluarga mereka yang terlibat.
"Saya harap mangsa yang cedera pulih segera," katanya.
Modi dan Ketua Menteri Tamil Nadu, Edappadi Palaniswami akan mengagihkan dana bantuan sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Letupan itu adalah kemalangan membabitkan kilang mercun kedua di Tamil Nadu dalam tempoh lima bulan.
Sebelum ini, beberapa orang terbunuh dalam letupan serupa pada September lalu.
#kilang mercun
#letupan
#Virudhunagar
#Tamil Nadu
#Edappadi Palaniswami
#Narendra Modi
#Perdana Menteri India
#lebih 12 maut