Lebih 112 juta tontonan dalam 24 jam, single Inggeris kedua BTS 'Butter' cetus fenomena
Eton Khir
Mei 31, 2021 09:55 MYT
Mei 31, 2021 09:55 MYT
KUMPULAN K-pop popular BTS baru sahaja melancarkan single Inggeris kedua mereka berjudul "Butter" pada Jumaat lalu.
Single kedua ini sekali lagi mencipta fenomena apabila berjaya mengatasi rekod video muzik "Dynamite" apabila berjaya mencecah lebih 112 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan di Malaysia.
Proses penulisan lagu "Butter" dijayakan oleh ketua kumpulan, RM dengan kerjasama komposer Jenna Andrews, Robert Grimaldi, Stephen Kirk, Alex Bilowitz, Sebastian Garcia, serta Ketua dan CEO Columbia Records, Ron Perry.
Single ini juga mendapat sambutan baik daripada peminat terutamanya para ARMY.
Peminat tegar dan tweetfamous mula memuat naik status di akaun media sosial memuji gerak tari video muzik terbaharu BTS.
"Dynamite", single bahasa Inggeris pertama BTS sebelum ini berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 101 juta dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan pada 21 Ogos tahun lalu.
Ia turut tercalon untuk Anugerah Grammy ke-63 menerusi kategori Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik, namun tewas kepada lagu nyanyian Lady Gaga bersama Ariana Grande berjudul "Rain On Me" pada Mac lalu.
BTS yang ditubuhkan pada 2013 dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.