Lebih 100 rakyat Palestin terkorban serangan Israel di sekolah
Agensi
Ogos 10, 2024 13:02 MYT
Ogos 10, 2024 13:02 MYT
GAZA: Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah di Gaza yang menjadi tempat perlindungan.
Pejabat media Kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan serangan tersebut berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat subuh.
Situasi tersebut, kata agensi itu telah menyebabkan peningkatan dalam angka korban.
Sementara itu, tentera Israel memaklumkan angkatan udara mereka telah menyerang pusat komando dan kawalan yang didakwa berfungsi sebagai tempat perlindungan komander Hamas.
Tentera rejim Zionis itu dilapor menyerang pusat berkenaan yang terletak di sekolah Al-Taba’een dan bersebelahan dengan sebuah masjid di Daraj Tuffah, yang terletak di timur laut kota lama Gaza.
Lokasi tersebut juga berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi penduduk bandar Gaza.