Lebih 100 anggota dikerah padam kebakaran di London

Astro Awani
Mac 26, 2013 00:13 MYT
Lebih 100 anggota bomba dikerah di Southwark London bagi memadam kebakaran di sebuah perpustakaan di bandaraya berkenaan.
Bagi mengawal api, lebih 15 jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Dalam kenyataannya, London Fire Brigade menjangkakan, ia akan mengambil masa berjam-jam sebelum api dipadam.
Dalam kejadian di perpustakaan Lewington, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.
Punca kejadian tidak diketahui dan sedang disiasat
#London Fire Brigade #Southwark London