Lebih 1,600 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam tempoh 2 minggu

Bernama
Oktober 22, 2023 12:45 MYT
Jumlah kematian membabitkan kanak-kanak mungkin meningkat, susulan terdapat 1,400 mangsa masih hilang. - Gambar/ AP
RAMALLAH (Palestin): Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Okt, menurut kenyataan Defence for Children International - Palestine (DCIP) pada Sabtu.
Dalam tempoh yang sama, seramai 27 kanak-kanak dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
DCIP berkata jumlah kematian membabitkan kanak-kanak mungkin meningkat, susulan terdapat 1,400 mangsa masih hilang.
[LAPOR LANGSUNG] Israel bedil masjid di Tebing Barat pula
Kanak-kanak Palestin yang terselamat dalam siri pengeboman di seluruh Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan yang teruk.
"Menyaksikan kematian kanak-kanak lain memburukkan lagi pengalaman pahit mereka, meninggalkan parut yang amat memilukan dalam jiwa kanak-kanak ini. Apatah lagi, kehilangan anggota keluarga dalam sekelip mata.
"Kanak-kanak yang sebelum ini merasa selamat dan selesa dalam dakapan keluarga kini menjadi yatim piatu," menurut pertubuhan itu.
-- BERNAMA
#Perang Palestin-Israel #Kanak-kanak #angka kematian #bayi maut
;