Lebih 1,500 penduduk California diarah berpindah akibat banjir
Astro Awani
Mac 12, 2023 08:40 MYT
Mac 12, 2023 08:40 MYT
CALIFORNIA: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengarahkan lebih 1,500 orang berpindah dari komuniti pertanian California Utara yang terkenal dengan tanaman strawberi selepas tambak Sungai Pajaro pecah susulan banjir yang melanda negeri itu.
Agensi Keselamatan California menyelamatkan lebih 50 orang pada awal Sabtu dari komuniti Teluk Monterey yang menetap di sepanjang pantai tengah California.
Insiden kali ini digambarkan sebagai bencana terburuk.
Kerja-kerja membaiki tambak mula dilakukan awal pagi Sabtu.