Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali

Bernama
Julai 25, 2024 01:40 MYT
Kebakaran hutan berlaku di sekitar Teluk San Felice, berhampiran pantai Puglia, bandar Vieste, Itali, pada Rabu. - Foto media sosial
ROME: Pasukan bomba pada Rabu mengarahkan pemindahan di tapak perkhemahan dan perkampungan percutian yang menempatkan kira-kira 1,200 pelancong sebagai langkah berjaga-jaga akibat kebakaran hutan di sekitar Teluk San Felice, berhampiran pantai Puglia bandar Vieste, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).
Pelancong yang tidak mempunyai kenderaan telah dibawa menaiki bot untuk ditempatkan di gimnasium yang disediakan majlis perbandaran Vieste.
Dua pesawat Canadair dan sebuah helikopter bomba turut dikerah bersama pasukan jentera bomba di darat bagi memadamkan kebakaran.
Siasatan berhubung punca kejadian telah dilancarkan dan kebakaran disyaki disengajakan, kata Leftenan Kolonel Carabinieri Giuliano Palomba yang mengetuai siasatan.
-- BERNAMA
#kebakaran hutan #Itali #bomba #pelancong