LDP bakal kembali berkuasa di Jepun

Astro Awani
Disember 16, 2012 23:43 MYT
Parti Liberal Demokratik Jepun, LDP bakal kembali menguasai kerajaan berdasarkan keputusan undian awal pilihan raya parlimen negara itu.
Keputusan awal menunjukkan LDP mendapat mandat besar apabila berjaya meraih 300 daripada 480 kerusi dewan rendah yang dipertandingkan.
Keputusan tidak rasmi ini menunjukkan perubahan besar sokongan rakyat terhadap parti itu sejak pilihan raya sebelum ini.
LDP hanya meraih 118 kerusi pada pilihan raya 2009.
Sokongan terhadap parti demokrasi Jepun merosot ekoran kegagalan Perdana Menteri Yoshihiko Noda menunaikan janji kempen terdahulu.
Ekonomi Jepun yang tidak berkembang juga menyemarakkan lagi kekecewaan rakyat terhadap Noda.
#Jepun #LDP #mandat #Pilian Raya #Yoshihiko Noda