Lawatan rasmi pertama Rodrigo Duterte ke Malaysia
Agensi
Julai 14, 2018 15:29 MYT
Julai 14, 2018 15:29 MYT
Presiden Filipina Rodrigo Duterte dijangka tiba di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan rasmi pertamanya ke negara ini.
Jurucakap Presiden Harry Roque berkata Duterte dijadual berlepas dari davao City ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu.
Jadual pertama Duterte di Malaysia akan bermula Ahad bagi menyaksikan perlawanan "Fight Of Champions" antara lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao yang bakal bertarung dengan peninju dari Argentina, Lucas Matthysse.
'Fight Of Champions' dijadual berlangsung bermula jam 7 pagi Ahad di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Pada isnin Duterte dijangka membuat pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Menurut Roque antara topik perbincangan yang dijangka dibincangkan kedua-dua pemimpin adalah berkaitan pemberontakan pengganas dan kumpulan militan Daish di rantau itu.
Susulan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Duterte telah mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir dan berhasrat untuk bekerjasama lebih rapat dengan Malaysia khususnya menangani isu-isu serantau.
Duterte dalam kenyataannya sebelum ini berkata Filipina dan Malaysia mampu menjadi negara sekutu yang kuat terutama melibatkan bidang keselamatan, khususnya dalam menangani ekstremisme dan isu keselamatan di Laut China Selatan.
Duterte turut mengusulkan untuk menjemput Malaysia ke meja mesyuarat bagi membina semula landasan hubungan yang lebih kukuh dan seterusnya memajukan hubungan dua hala serta membincangkan beberapa kerjasama dan perjanjian yang belum tertunai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Duterte turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana menjamin keselamatan warga Filipina di Malaysia.
#daish
#Filipina
#keselamatan
#Kuala Lumpur
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Manila
#Manny Pacquiao
#militan
#Pakatan Harapan
#pengganas
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#presiden
#Putrajaya
#Rodrigo Duterte