Lawatan rasmi Emir Qatar ke Gaza esok

Associated Press
Oktober 22, 2012 12:48 MYT
Emir Qatar, Sheik Hamad Khalifa Al-Thani akan melakukan kunjungan rasmi ke Gaza pada Selasa bagi merasmikan pelan pembangunan semula Gaza.
Pelan pembangunan tersebut yang diumumkan di Gaza minggu lalu akan menyaksikan sebanyak $254 juta disalurkan untuk projek-projek pembangunan termasuk membaiki infrastruktur bangunan dan saliran.
Hamad Khalifa akan menjadi ketua pemimpin negara pertama untuk mengunjungi Gaza yang kini di bawah pentadbiran Hamas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, beliau menyeru penduduk Gaza untuk mengalu-alukan kehadiran Emir Qatar itu.
Ekoran penguguman tersebut, tahap keselamatan telah ditingkatkan di sekitar lokasi-lokasi yang akan disinggah oleh Hamad Khalifa.
Di bandar Gaza, kelihatan bendera Qatar turut dikibarkan di sekita jalan-jalan utama.
#Gaza #Hamas #Ismail Haniyeh #Qatar #Sheik Hamad Khalifa Al-Thani
;