Lawatan pertama Presiden Syria ke negara Arab
Astro Awani
Mac 19, 2022 10:30 MYT
Mac 19, 2022 10:30 MYT
PRESIDEN Syria Bashar Assad mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat, menandakan lawatan pertamanya ke negara Arab sejak perang saudara Syria meletus pada 2011.
Dalam kenyataan yang disiarkan di laman media sosialnya, pejabat itu berkata, Assad bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta pemerintah Dubai Sheikh Mohamed bin Rashid Al Maktoum.
Kedua-duanya membincangkan berkenaan meluaskan hubungan dua hala antara negara mereka.
Lawatan itu memberikan isyarat paling jelas bahawa dunia Arab bersedia untuk terlibat semula dengan Presiden Syria yang pernah dipinggirkan secara terbuka.