Lawatan kerja Harris diteruskan ke Vietnam selepas insiden kesihatan misteri
Astro Awani
Ogos 24, 2021 07:25 MYT
Ogos 24, 2021 07:25 MYT
NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris meneruskan lawatan ke Vietnam pada Selasa selepas mengalami kelewatan.
Terdahulu, delegasi beliau menangguhkan perjalanan ke negara itu gara-gara kebimbangan mengenai penyakit misteri iaitu sindrom Havana.
Harris tiba di Hanoi selepas kelewatan selama tiga jam di Singapura.
Washington sebelum itu menyalahkan laporan mengenai individu yang menjadi sasaran sindrom Havana.
Sindrom berkenaan tidak diketahui asal-usulnya dan mempunyai gejala seperti pening, mual, migrain dan hilang ingatan.
Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki berkata, kes sindrom Havana dilaporkan di Vietnam sebelum lawatan Harris, namun ia tidak disahkan.
Penilaian keselamatan dilakukan sebelum menghantar Harris ke negara itu, tambahnya.
"Pejabat Naib Presiden difahamkan terdapat laporan berhubung insiden kesihatan yang tidak wajar yang mungkin berlaku baru-baru ini di Hanoi," menurut Kedutaan AS di Vietnam.
Menurut Pengarah CIA William Burns, kira-kira 200 pegawai diplomatik AS jatuh sakit disebabkan sindrom Havana.
CIA kini menyiasat kemungkinan insiden berkaitan sindrom ini didalangi Rusia.