Lata Mangeshkar dikebumi malam ini dalam Istiadat Pengebumian Negara

Astro Awani
Februari 6, 2022 17:48 MYT
Penyanyi legenda yang terkenal dengan kelunakan suaranya, Lata Mangheshkar akan dikebumikan di Shivaji Park di Mumbai, pukul 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) Ahad. - Gambar fail
MUMBAI: Kerajaan India mengumumkan mendiang Lata Mangeshkar yang meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ akan diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Negara.
Memetik laporan The Indian Express, penyanyi legenda yang terkenal dengan kelunakan suaranya itu akan dikebumikan di Shivaji Park di Mumbai, pukul 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) Ahad.
Perdana Menteri, Narendra Modi juga dilaporkan akan berlepas ke Mumbai bagi menghadiri upacara terakhir mendiang.
Sebagai tanda pengormatan kepada penerima anugerah tertinggi untuk orang awam oleh kerajaan India, Bharat Ratna itu, kerajaan India turut mengumumkan untuk mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama dua hari.
Sepanjang tempoh itu kesemua majlis rasmi juga diarahkan dibatalkan.
Seniwati tersohor Bollywood meninggal dunia pada usia 92 tahun di hospital di Mumbai Breach Candy selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak 11 Januari lalu akibat jangkitan COVID-19.
Legenda India | Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung
BACA: Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung dua hari, bendera dikibar separuh tiang
BACA: Yang perlu anda tahu mengenai Lata Mangeshkar...
Bercakap kepada The Indian Express, Pengarah Hospital Breach Candy, Dr Samdhani berkata, mendiang dimasukkan ke ke unit rawatan rapi sejak 11 Januari lalu akibat jangkitan COVID-19 dan pneumonia.
"Atas faktor usia, kami berdepan dengan kesukaran. Kami telah cuba sedaya upada namun beliau berdepan dengan pelbagai komplikasi pasca COVID-19," katanya.
Beliau memberitahu, melihat pada kegagalan satu demi satu organ mendiang sejak beberapa hari lalu, pihaknya sedar penyanyi legenda itu akan meninggalkan dunia.
Mangeshkar yang lahir pada tahun 1929, memulakan karier seninya pada usia lima tahun hasil latihan bapanya, Deenanth.
Setelah bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyara empat beradik dan keluarganya pada usia 13 tahun.
Mendiang juga pernah dijemput kerajaan bagi menyanyikan lagu patriotik sebagai penghormatan kepada anggota tentera yang terbunuh dalam perang Indo-China pada tahun 1962.
Lata Mangeshka terkenal dengan sifatnya yang sering menyanyi tanpa memakai kasut sebagai tanda hormat kepada seni nyanyi dan menulis sendiri bait lirik sebelum merakamnya.
#Narendra Modi #Lata Mangeshka #COVID-19 #meninggal dunia
;