Las Vegas diserang jutaan belalang

Reuters
Julai 29, 2019 08:20 MYT
Seekor belalang dilihat pada cermin kereta. - Foto Reuters/Mike Blake
Jutaan belalang muncul di Las Vegas Strip minggu ini sekaligus mencetuskan panik di kalangan penduduk dan pelancong.
Menurut para saintis, penghijrahan belalang tersebut dari utara ke tengah Nevada itu akibat perubahan cuaca yang lembab sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian tersebut turut disifatkan sebagai luar biasa namun tidak berbahaya.
Serangga itu juga dikatakan tidak membawa penyakit, tidak menggigit dan akan beredar dalam masa beberapa minggu.
Kehadiran jutaan belalang itu juga dikesan pada alat pengesan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Las Vegas .
"Analisis yang dibuat pada alat pengesan kami mendapati ia merupakan sesuatu yang hidup termasuk burung, kelawar, pelbagai jenis serangga dan dalam kes ini, belalang," kata agensi tersebut dalam satu entri di akaun Twitter miliknya.

Some of you have been asking about the widespread radar returns the past few nights in #Vegas. Radar analysis suggests most of these echoes are biological targets. This typically includes birds, bats, and bugs, and most likely in our case--> Grasshoppers. #VegasWeather pic.twitter.com/reQX7hJR7Y

— NWS Las Vegas (@NWSVegas) July 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut pakar entomologi Jabatan Pertanian Nevada, Jeff Knight, penghijrahan serangga ini berlaku sekali dalam beberapa tahun.
Dalam satu sidang media pada Khamis, Knight menggesa orang ramai untuk tidak panik kerana jelasnya serangga itu sendiri tidak berbahaya.
Namun ia tidak menghalang penduduk untuk memuat naik foto jutaan belalang itu di media sosial sehingga menjadi tular.
Caitlin Sparks memuat naik satu foto di akaun Twitter miliknya yang menunjukkan lampu jalan dikelilingi jutaan belalang.

Im living in a real life Bugs Life grasshopper invasion right now in Las Vegas. This is the wildest thing in nature Ive ever seen lmao #GrassHopperAttack #Lmao #Wtf #NatureUScary pic.twitter.com/LpkpS74ACP

— Caitlin Sparks (@Caityylala) July 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Serangga ini dikatakan tertarik pada lampu ultra-unggu dan dilihat berkumpul di kawasan terang terutamanya di kawasan hotel dan pusat kasino yang dipenuhi pelancong.
Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa pusat hiburan sepanjang 'The Strip' mengambil keputusan untuk menutup lampu di bangunan masing-masing.
Las Vegas mencacatkan lebih banyak hujan dalam enam bulan daripada purata tahunan iaitu 10.7 sentimeter setahun.
#belalang #Las Vegas #penghijrahan #Strip
;