Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Astro Awani
Januari 9, 2024 10:00 MYT
Januari 9, 2024 10:00 MYT
KARACHI: Mahkamah Agung Pakistan menarik balik larangan bertanding dalam pilihan raya seumur hidup ke atas individu dengan sabitan jenayah.
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
Enam hakim menyokong membatalkan keputusan 2018, yang mengenakan larangan ke atas ahli politik yang disabit kesalahan di bawah perlembagaan negara itu.
Nawaz, 74, bukan pemohon dalam kes ini namun, keputusan Mahkamah Agung membolehkan dia bertanding pasca sabitan beliau atas tuduhan berkaitan amalan tidak jujur.
Partinya, Parti Liga Muslim Nawaz (PMLN) disifatkan parti yang mendapat sokongan dan diramal menang pilihan raya dijadual 8 Februari depan.
Sementara seteru utama Nawaz, bekas Perdana Menteri, Imran Khan kini dipenjara dan dilarang bertanding untuk lima tahun.
Nawaz didapati bersalah pada 2017, bagaimanapun tahun lalu, dua sabitan ke atasnya dibatalkan.
Beliau mendakwa junta tentera menjadi dalang pemecatannya daripada jawatan Perdana Menteri pada 2017.