Larangan berpurdah langgar hak asasi manusia

Sinar Harian
Oktober 23, 2018 05:17 MYT
Paris tidak dapat meyakinkan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB yang larangan itu dikuatkuasakan atas alasan keselamatan dan sosial. - Gambar hiasan
Tindakan Perancis melarang pemakaian purdah melanggar hak asasi manusia, menurut Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB, pada Selasa.
Keputusan itu menandakan sokongan kepada mereka yang memakai niqab dan turut mengarahkan Perancis membayar pampasan kepada dua wanita yang didakwa kerana berpurdah pada 2012.
Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memberitahu Paris gagal membuat kes untuk larangan burqa dan ia diminta mengkaji semula undang-undang tersebut.
Sebuah panel bebas yang memantau pematuhan negara dengan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik menyatakan Perancis mempunyai tempoh selama 180 hari untuk melaporkan kembali tindakan yang telah diambil.
Keputusan itu adalah tidak terikat, namun ia boleh mempengaruhi mahkamah di Paris.
"Undang-undang Perancis secara tidak sengaja menjejaskan hak individu untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka," jelas jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, Paris tidak dapat meyakinkan mereka kononnya larangan itu dikuatkuasakan atas alasan keselamatan dan sosial. - Agensi
#burqa #hak asasi #keselamatan #larangan #mahkamah #niqab #pampasan #panel bebas #Paris #PBB #Perancis #purdah #undang-undang
;