Laporan AS tentang kebebasan beragama berdasarkan 'fahaman yang salah'

Bernama
Mei 17, 2023 09:15 MYT
Laporan terbaharu Jabatan Negara mengenai kebebasan beragama antarabangsa merangkumi pelbagai contoh penderaan terhadap orang Islam, Kristian, Sikh dan minoriti lain di India. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Kerajaan India menolak kajian dari Amerika Syarikat yang menyatakan keganasan terhadap agama minoriti di negara itu berasaskan "pemahaman yang salah."
Laporan terbaharu Jabatan Negara mengenai kebebasan beragama antarabangsa merangkumi pelbagai contoh penderaan terhadap orang Islam, Kristian, Sikh dan minoriti lain di India.
"Serangan ke atas penganut agama minoriti termasuk pembunuhan, serangan dan ugutan, berlaku di kebanyakan negeri sepanjang tahun," menurut laporan itu.
Kumpulan ekstremis Hindu sering menyasarkan mereka yang terlibat dalam memindahkan lembu, pembunuhan beramai-ramai, serangan ke atas masjid dan gereja, merobohkan rumah orang Islam oleh pihak berkuasa, pemenjaraan aktivis, dan dasar diskriminasi adalah antara masalah yang dibincangkan dalam laporan itu.
"Malangnya, laporan sedemikian berdasarkan maklumat dan pemahaman yang salah. Ulasan yang berat sebelah oleh beberapa pegawai AS menjejaskan lagi kredibiliti laporan ini," kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan pada Selasa.
-- BERNAMA
#Kajian #kebebasan beragama #pemahaman salah #jabatan negara
;