Laporan PBB dedah Israel lakukan genosid di Gaza
Astro Awani
Oktober 30, 2024 07:10 MYT
Oktober 30, 2024 07:10 MYT
NEW YORK: Pelapor khas hak asasi manusia di wilayah Palestin mendedahkan Israel telah melakukan genosid di Gaza.
Menurut Francesca Albanese, perkara itu terkandung dalam laporan yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Laporan itu dikemukakan selepas siasatan selama lima bulan.
Jelasnya, wujud asas kukuh dan munasabah bahawa Israel melakukan genosid di Gaza.
"Perkembangan di lapangan sangat mengerikan dan ia telah lama berlaku.
"Keganasan genosid telah berkembang dan merebak ke bahagian lain wilayah Palestin yang diduduki," katanya.
Selain kemusnahan infrastruktur dan grid kuasa, Albanese berkata, konflik dengan Israel telah mengorbankan lebih 42,000 rakyat Palestin, termasuk 17,000 kanak-kanak.