Laporan Khas Astro Awani: Terowong nadi rakyat Palestin

Astro Awani
Disember 17, 2012 07:52 MYT
Lapan hari diserang Israel.
Murahnya harga nyawa rakyat Palestin, lebih seratus nyawa melayang.
Tidak cukup dengan itu, 1,400 rumah tempat berlindung milik mereka turut musnah.
Disebalik runtuhan itu, tidak semuanya memilukan.
Kerana masih ada yang terselamat, terowong bawah tanah laluan utama membawa masuk pelbagai barangan kepada rakyat Palestin.
Difahamkan terdapat lebih seribu terowong bawah tanah atau laluan tikus di sini yang menghubungkan Palestin dengan dunia luar termasuk sempadan Mesir.
Dan inilah yang menjadi nadi rakyat Palestin, penggerak utama dalam meneruskan kehidupan mereka.
Wartawan Astro Awani yang ke Gaza baru-baru ini membongkar rahsia terowong yang tetap utuh melangkaui sekatan dan keselamatan zionis dalam Laporan Khas Buletin Awani.
#Awani #Gaza #Mesir #Palestin #terowong
;