BERLIN: Jumlah keseluruhan hukuman mati yang diketahui dilaksanakan di seluruh dunia pada 2022 meningkat sebanyak 53 peratus berbanding angka yang direkodkan untuk 2021, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laporan Amnesty International mengenai penggunaan hukuman mati di seluruh dunia yang dikeluarkan pada Selasa, terdapat sekurang-kurangnya 883 hukuman mati di 20 negara tahun lalu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana beribu-ribu hukuman mati di China "dirahsiakan." Kerahsiaan di Korea Utara dan Vietnam, bersama dengan akses terhad kepada maklumat di beberapa negara lain, terus menghalang penilaian lebih lengkap mengenai penggunaan hukuman mati.
Amnesty berkata 90 peratus daripada hukuman mati yang diketahui dunia tahun lalu dilaksanakan oleh hanya tiga negara: Iran, Arab Saudi dan Mesir.
Jumlah hukuman mati yang direkodkan di Iran meningkat daripada 314 pada 2021 kepada 576 pada 2022, katanya. Di Arab Saudi, angka itu meningkat tiga kali ganda daripada 65 pada 2021 kepada 196 tahun lalu, angka tertinggi yang dicatatkan oleh Amnesty untuk negara itu dalam tempoh 30 tahun.
Enam negara memansuhkan hukuman mati sepenuhnya atau sebahagiannya tahun lalu, menurut laporan itu.
Bagaimanapun, hukuman mati diteruskan di lima negara pada 2022 iaitu Afghanistan, Kuwait, Myanmar, Palestin dan Singapura, menurut laporan itu.
Lebih satu pertiga daripada hukuman mati yang direkodkan di dunia pada 2022 adalah bagi kesalahan dadah, satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas, kata Amnesty.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Tue May 16 2023
![Laporan Amnesty: Jumlah hukuman mati di seluruh dunia naik 53 peratus pada 2022 Laporan Amnesty: Jumlah hukuman mati di seluruh dunia naik 53 peratus pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674803551_TBpakistan.jpg)
Terdapat sekurang-kurangnya 883 hukuman mati di 20 negara tahun lalu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun. - Gambar hiasan
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan
Kes pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ditembak mati pengawal keselamatan, pada tahun 2013.
![Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati pembunuh Dirang Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati pembunuh Dirang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707453685_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati pembunuh Dirang
Tengku Maimun menerima bantahan pendakwaan terhadap permohonan semakan Muidin untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya.
![Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720518963_RabidinSatir.jpg)
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang lelaki.
![30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama 30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720401177_Kdrama.jpg)
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
![Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
![Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701773562_Penjara.jpg)
Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang buruh yang didapati bersalah mengedar 299.17 gram dadah jenis methamphetamine, tiga tahun lepas.
![Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017.
![Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun
Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur terlepas tali gantung.
![Dua warga Singapura didakwa edar dadah Dua warga Singapura didakwa edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718177105_TanXiaoWei.jpg)
Dua warga Singapura didakwa edar dadah
Dua lelaki warga Singapura didakwa atas pertuduhan mengedar kira-kira 58.6 kilogram dadah methylenedioxymethamphetamine pada 29 Mei lepas.
![Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2 Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718170131_tbhukumanmati.jpg)
Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.