Laporan akhir nahas Lion Air didedahkan November ini
Agensi
September 18, 2019 21:13 MYT
September 18, 2019 21:13 MYT
LAPORAN akhir nahas pesawat Boeing 737 Max Lion Air yang meragut 189 nyawa tahun lalu akan didedahkan November ini.
Perkara itu didedahkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam Indonesia pada Rabu.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia dalam satu kenyataan, draf laporan akhir sudah dihantar kepada pihak berkaitan pada 24 Ogos lalu.
“Pihak berkaitan diberi tempoh 60 hari untuk memberi maklum balas terhadap draf akhir tersebut,” jelasnya.
Memetik laporan Reuters, Ogos lalu, portal tersebut dilaporkan diberitahu draf itu akan dihantar kepada semua pihak terlibat seperti Boeing, Lion Air dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.
Terdahulu, pesawat Boeing 737 Max 8 digantung penerbanganya di seluruh dunia selepas 346 penumpang terkorban dalam dua nahas berbeza di Indonesia dan Habsyah sepanjang tempoh lima bulan.
Boeing dalam satu kenyataan pada Julai memaklumkan akan memberikan bantuan bernilai RM418 juta sepanjang tempoh beberapa tahun kepada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu keluarga dan komuniti yang terjejas berikutan nahas tesebut.
#Boeing
#Boeing 737 Max
#Indonesia
#Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia
#laporan akhir
#Lion Air