Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Lubnan dan Jordan
Setakat ini tidak ada keperluan mendesak untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Lubnan, Jordan dan Iran berikutan konflik Iran-Israel, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
BERITA PENUH DI SINI
Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah memuji angkatan tentera negara itu atas "kejayaan" mereka selepas Tehran melancarkan serangan langsung yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel minggu lalu.
Dalam pertemuan dengan komander tentera Iran pada hari Ahad, Khamenei memuji angkatan bersenjata atas "kejayaan mereka dalam peristiwa baru-baru ini", seminggu selepas serangan langsung pertama negara itu ke atas Israel dari wilayahnya sendiri.
BERITA PENUH DI SINI
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar untuk memperoleh maklumat terkini mengenai situasi yang berlaku di Asia Barat dalam memastikan urusan menunaikan haji tahun ini berjalan lancar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
BERITA PENUH DI SINI.
Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya?
Kronologi perang Iran - Israel
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian membincangkan konflik berterusan di Gaza dan meneroka penyelesaian yang berpotensi untuk krisis itu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres di New York.
Perbincangan itu berlangsung berhampiran Perbahasan Suku Tahun Majlis Keselamatan PBB mengenai Asia Barat termasuk keadaan di Palestin, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
BERITA PENUH DI SINI
Adakah perang lebih besar, dahsyat akan tercetus di Asia Barat?
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan situasi di Asia Barat akan terus dipantau pelabur, kata penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sebarang bentuk peningkatan ketegangan akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.
BERITA PENUH DI SINI
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Perang alaf baharu?
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Wisma Putra pantau situasi di Asia Barat
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat dalam tempoh beberapa hari mendatang.
Perkara itu ditegaskan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.
BERITA PENUH DI SINI.
Tiada kenyataan daripada Presiden Iran berhubung serangan
Tiada sebarang kenyataan dibuat pemimpin utama Iran berhubung serangan pada Jumaat oleh Israel.
Presiden Iran Ebrahim Raisi dalam ucapannya ketika lawatan ke Damghan, di wilayah tengah Semnan langsung tidak menyebut tentang serangan Israel ke atas wilayah Isfahan.
Ucapan beliau hanya menjurus kepada hal ehwal tempatan, dan memfokus kepada matlamat perjalanan wilayah yang dilakukan di seluruh negara sejak memegang kuasa.
Beliau bagaimanapun ada menyebut tentang serangan 13 April ke atas Israel.
"Operasi True Promise membawa kepada kuasa, perpaduan dan perpaduan dalam negara.
“Hari ini, semua kumpulan dan puak politik percaya bahawa tindak balas ini adalah perlu dan satu penghormatan besar untuk negara,” kata Ebrahim.
Tentera Iran berkata serangan ke atas Isfahan sedang disiasat dan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.
Lufthansa, anak syarikat gantung penerbangan ke Israel
Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dan anak syarikatnya Swiss dan Austrian Airlines berkata semua penerbangan ke Israel digantung sementara.
Empat penerbangan yang dijadualkan Jumaat hingga 7 pagi (05:00 GMT) pada Sabtu telah dibatalkan setakat ini, jurucakap Lufthansa memberitahu agensi berita dpa.
Blinken sahkan AS tidak terlibat dalam operasi serangan
Setiausaha Negara AS, yang menjawab soalan di Capri, enggan mengulas mengenai serangan Israel terhadap Iran.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya, kecuali untuk mengatakan bahawa Amerika Syarikat tidak terlibat dalam sebarang operasi ketenteraan," kata Blinken kepada pemberita.
Cubaan terdesak gagal - Ahli Parlimen Iran
Ahli Parlimen Iran dari Isfahan, Mehdi Toghyani berkata cubaan terdesak oleh Israel dengan bantuan ejen tempatan telah gagal dan membawa aib baharu untuk mereka.
"Biar mereka tahu bahawa kami berada pada tahap kesediaan tertinggi untuk melindungi Iran yang kami sayangi," tulisnya di X.
White House pilih berdiam diri
Ketika Israel menyerang Iran dalam apa yang dilihat sebagai tindak balas di atas serangan hujung minggu lalu, sekutunya White House sebaliknya mengambil pendekatan berdiam diri.
Ia seolah mencerminkan keputusan AS yang tidak menyokong tindakan itu.
Pegawai AS, yang berkata mereka menerima amaran daripada Israel tentang perancangan itu, tidak menyokong mahupun mengutuk serangan balas tersebut.
Sebaliknya, AS menjelaskan bahawa tindakan itu adalah keputusan Israel semata-mata.
"Kami tidak terlibat," kata seorang pegawai.
G7 komited langkah kurangkan ketegangan - Blinken
Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata negara-negara G7 komited untuk meredakan ketegangan di antara Israel dan Iran.
"Kami komited terhadap keselamatan Israel.
"Kami juga komited untuk mengurangkan ketegangan -- untuk cuba mengakhiri ketegangan ini," kata Blinken pada sidang akhbar di akhir mesyuarat kumpulan itu di Capri, Itali.
Beliau juga berkata negara-negara itu mengutuk serangan hujung minggu Iran ke atas Israel dan berkongsi komitmen agar Iran bertanggungjawab.
Blinken berkata serangan itu belum pernah berlaku dari segi skop dan skala.
Skop kerana ia adalah serangan langsung ke atas Israel, dan skala kerana ia melibatkan lebih 300 amunisi termasuk peluru berpandu balistik.
G7 minta semua pihak elak peningkatan konflik
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar kumpulan G7 di Capri, Itali telah menggesa semua pihak agar berusaha untuk mengelak peningkatan konflik berterusan di Asia Barat.
“Berdasarkan laporan serangan pada 19 April, kami menggesa semua pihak untuk berusaha mencegah peningkatan konflik seterusnya.
"G7 akan terus berusaha bagi menjayakan matlamat itu,” kata Kumpulan Tujuh negara itu dalam satu kenyataan.
UAE, Jordan sertai gesaan keamanan
Selepas Jerman, Rusia dan Turki, antara banyak yang lain, Emiriah Arab Bersatu juga menggesa agar pihak terlibat mengelak peningkatan konflik yang boleh membawa kesan serius di rantau itu.
Sementara itu, Menteri Luar Jordan Ayman Safadi mengecam semua tindakan yang mengheret rantau itu ke dalam kancah peperangan.
“Tumpuan dunia mesti kekal untuk menamatkan tragedi pencerobohan ke atas Gaza,” katanya di X.
Lebih banyak negara minta Iran, Israel bertenang
Serangan ke atas Iran telah menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan konflik lebih buruk di rantau itu.
Berikut reaksi antarabangsa terkini:
Rusia berkata ia sedang meneliti laporan mengenai serangan itu dan menggesa semua pihak untuk bertenang bagi mengelak peningkatan konflik.
Turki juga menggesa agar semua pihak mengelak peningkatan konflik, dan menyatakan bahawa keutamaan masyarakat antarabangsa adalah untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan memastikan keamanan yang berkekalan.
Sementara itu, Canselor Jerman Olaf Scholz berkata semua pihak perlu memastikan bahawa tiada lagi peningkatan perang kini dan dalam masa terdekat.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
BERITA PENUH DI SINI
Rangkuman peristiwa penting perang Iran-Israel
Berikut rangkuman peristiwa penting setakat ini:
- Media Iran berkata sistem pertahanan udara telah menembak jatuh tiga dron berhampiran bandar Isfahan.
- Tiada kerosakan dilaporkan di tapak nuklear dan pangkalan tentera berdekatan.
- Media AS, memetik pegawai AS, melaporkan letupan merupakan serangan Israel, tetapi tiada sebarang komen oleh tentera rejim zionis.
- Pegawai Israel telah berjanji untuk menyerang balas selepas Iran menghantar dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada 13 April.
- Serangan itu sebagai tindak balas terhadap pengeboman premis diplomatik Iran di Syria pada 1 April yang membunuh tujuh anggota IRGC.
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Pemimpin pembangkang Israel selar tweet 'lemah' Ben-Gvir
“Tidak pernah sebelum ini seorang menteri melakukan kerosakan teruk kepada keselamatan negara, imej, dan status antarabangsanya,” tulis ketua pembangkang Yair Lapid di X.
“Dalam satu tweet satu perkataan yang tidak boleh dimaafkan, Ben-Gvir berjaya mencemuh dan memalukan Israel dari Tehran ke Washington,” tulis Lapid.
Pemimpin pembangkang itu merujuk kepada catatan media sosial oleh menteri keselamatan berhaluan kanan Ben-Gvir yang meremehkan serangan oleh Israel ke atas Iran sebagai "lemah".
Ben-Gvir telah berulang kali menggesa tindak balas tentera yang keras selepas serangan balas Iran terhadap rejim itu pada 13 April.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Lubnan yang pro kepada Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media Barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
BERITA PENUH DI SINI
PM UK seru semua pihak bertenang
Perdana Menteri UK Rishi Sunak berkata beliau mahu melihat semua pihak bertenang dalam krisis yang berlaku di Asia Barat.
"Peningkatan konflik yang ketara tidak menguntungkan sesiapa," kata Sunak pada sidang media di London, Jumaat.
Israel dilapor melakukan serangan balas ke atas Iran pada Jumaat.
Perdana Menteri Britain itu berkata bahawa UK sedang bekerjasama dengan sekutunya untuk mengesahkan butiran serangan tersebut.
"Ia situasi yang masih berjalan, tidak sesuai untuk saya membuat spekulasi sehingga faktanya jelas," kata Sunak.
Sunak mengulangi kecamannya terhadap serangan peluru berpandu Iran pada Sabtu dan mengulangi hak Israel untuk mempertahankan diri.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulangi pendirian mengutuk tindakan Israel menyerang konsulat Iran di ibu negara Syria awal bulan ini sehingga mendorong tindak balas negara berkenaan, Perdana Menteri berkata perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Luar.
BERITA PENUH DI SINI
'Letupan di ruang udara Isfahan disebabkan sistem pertahanan udara'
Ketua komander tentera Iran berkata, letupan di ruang udara wilayah Isfahan adalah disebabkan oleh sistem antipesawat yang menembak objek mencurigakan.
Menurutnya, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan, lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA.
“Pakar sedang menyiasat kejadian ini dan akan memaklumkan mengenai perkara itu selepas menerima keputusan,” kata Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi, menurut laporan IRNA.
kenyataan ketua komander itu selari dengan laporan awal agensi berita Tasnim Iran, yang memetik komander kanan tentera Brigedier Jeneral Kedua Mihandoust yang memaklumkan tiada kerosakan atau sebarang insiden tidak diingini susulan letupan di kawasan itu.
Komander kanan itu juga berkata letupan yang didengari adalah disebabkan oleh pertahanan udara menembak objek yang mencurigakan.
Kesan perang Iran-Israel kepada geopolitik Asia Barat
China gesa Iran, Israel redakan ketegangan
China bertegas menentang sebarang peningkatan ketegangan di Asia Barat selepas Iran menjadi sasaran dalam serangan udara Israel.
"China menentang sebarang tingkah laku yang boleh meningkatkan lagi ketegangan," kata Lin Jian, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, pada taklimat akhbar biasa pada Jumaat di Beijing.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Ketua EU gesa semua pihak bertenang
Ursula von der Leyen menggesa agar semua pihak bertenang bagi mengelak peningkatan konflik di Asia Barat susulan serangan Israel ke atas Iran pada Jumaat.
"Kita perlu lakukan segala yang perlu agar semua pihak dapat mengelak berlakunya peningkatan konflik di rantau itu," kata ketua Suruhanjaya Eropah itu kepada pemberita semasa lawatan ke Finland.
"Adalah sangat perlu bagi rantau ini kekal stabil dan semua pihak mengelak daripada mengambil tindakan selanjutnya."
Petugas Kedutaan AS di Israel diminta hadkan pergerakan
Susulan serangan balas oleh rejim Zionis ke atas Iran awal Jumaat, Kedutaan AS di Israel mengeluarkan nasihat keselamatan di laman web rasminya.
“Sebagai langkah waspada berikutan laporan bahawa Israel melakukan serangan balas ke atas Iran, kakitangan kerajaan AS dan ahli keluarga mereka digesa tidak melakukan perjalanan peribadi di luar kawasan Tel Aviv, serta kawasan Baitulmaqdis dan Beersheva, sehingga dimaklumkan kelak.
"Disebabkan persekitaran keselamatan yang rumit dan boleh berubah dengan sekelip mata, kedutaan mungkin akan terus menyekat atau melarang mereka daripada melakukan perjalanan ke wilayah Israel, Kota Lama Baitulmaqdis dan Tebing Barat yang diduduki," tulis kenyataan itu.
Perkembangan terkini amat membimbangkan - Belanda
Menteri Luar Belanda Hanke Bruins Slot berkata Belanda sedang memantau dengan teliti keadaan di Iran.
“Perkembangan terkini di Asia Barat amat membimbangkan.
"Adalah amat penting agar peningkatan ketegangan seterusnya dapat dicegah," tulis Slot Bruins di akaun X.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Salawati Mat Basir berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
"Israel sememangnya ingin membuat serangan balas terhadap peluru berpandu yang dilancarkan Iran sebelum ini, namun mereka ada sasaran tertentu.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada kerosakan pada loji nuklear Iran - IAEA
Tiada kerosakan dikesan di loji nuklear Iran susulan serangan udara di wilayah Isfahan pada Jumaat.
Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi juga mengulangi pendirian bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
"IAEA boleh mengesahkan tiada kerosakan pada loji nuklear Iran ... (dan) kami sedang memantau keadaan dengan teliti," katanya.
Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru agar semua pihak bertenang bagi mengelak konflik lebih buruk di rantau itu.
IAEA sahkan tiada kerosakan pada loji nuklear Iran
IAEA can confirm that there is no damage to #Iran’s nuclear sites. DG @rafaelmgrossi continues to call for extreme restraint from everybody and reiterates that nuclear facilities should never be a target in military conflicts. IAEA is monitoring the situation very closely. pic.twitter.com/4F7pAlNjWM
— IAEA - International Atomic Energy Agency ⚛️ (@iaeaorg) April 19, 2024
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Tiada kerosakan dilaporkan susulan letupan di Isfahan
Agensi berita ISNA di Iran memetik kenyataan seorang pegawai kanan tentera yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa letupan pagi Jumaat yang kedengaran di Isfahan adalah berkaitan dengan "aktiviti pertahanan udara" di bandar itu.
Komander itu dilapor berkata pihak tentera telah melepaskan tembakan ke arah "objek mencurigakan" di kawasan itu.
Letupan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan atau kerosakan, komander itu dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, terdapat laporan beberapa "mini quadcopter" ditembak jatuh berhampiran Isfahan.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB iktiraf Palestin
Ulasan Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli Majlis Keselamatan PBB tersebut untuk merealisasikan hak-hak rakyat Palestin, termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967.
BERITA PENUH DI SINI
Iran buka ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
Sebelum ini, agensi berita Tasnim, yang bergabung dengan Pengawal Revolusi, melaporkan bahawa pihak berkuasa penerbangan awam negara itu mengumumkan penarikan balik sekatan penerbangan di kebanyakan lapangan terbang.
BERITA PENUH DI SINI
Ulasan Prof Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli
Isfahan ‘tenang’ susulan letupan
Agensi Berita separuh rasmi Iran, Mehr melaporkan bahawa bandar tengah Isfahan kini tenang dan selamat.
Ia selepas beberapa jam susulan letupan yang dilaporkan berhampiran lapangan terbang bandar itu.
"Orang ramai meneruskan kehidupan mereka seperti biasa," menurut laporan langsung stesen televisyen yang menunjukkan trafik awal pagi di persimpangan utama bandar itu.
Laporan itu mengatakan bahawa bunyi kedengaran di seluruh bandar di Isfahan beberapa jam sebelum itu, sambil menambah bahawa beberapa UAV kecil telah ditembak jatuh.
Malaysia zahir kebimbangan kegagalan PBB iktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan ini telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli Majlis Keselamatan PBB tersebut untuk merealisasikan hak-hak rakyat Palestin, termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967.
Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PUTRAJAYA
19 April 2024
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Ulasan Prof Dr Salawati Mat Basir
Ulasan Dr Noor Nirwandy Mat Noordin
Wujud perbincangan di antara Setiausaha Pertahanan AS, Menteri Pertahanan Israel sebelum serangan
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin ada berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada awal Khamis mengenai ancaman serantau dan tindakan Iran di Asia Barat, menurut kenyataan Pentagon.
Perbincangan itu diadakan sebelum Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
Kenyataan Pentagon bagaimanapun tidak menyebut sebarang perbincangan mengenai rancangan Israel untuk menyerang.
Australia gesa rakyatnya tinggalkan Israel selepas serangan ke atas Iran
Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kerajaan Australia (DFAT) menggesa rakyatnya di Israel untuk "keluar jika selamat untuk berbuat demikian."
"Terdapat ancaman balas dendam ketenteraan dan serangan pengganas yang tinggi terhadap Israel dan kepentingan Israel di seluruh rantau ini.
“Keadaan keselamatan boleh merosot dengan cepat.
"Kami menggesa warga Australia di Israel atau Wilayah Palestin yang Diduduki untuk keluar jika selamat untuk berbuat demikian," menurut catatan dalam akaun Smart Traveller di X, yang menyiarkan nasihat daripada DFAT.
Jabatan itu memberi amaran bahawa "serangan ketenteraan mungkin mengakibatkan penutupan ruang udara, pembatalan penerbangan dan lencongan serta gangguan perjalanan lain."
Pertahanan udara Iran diaktifkan, tiada ancaman dilaporkan
Sistem pertahanan udara Iran telah diaktifkan di beberapa wilayah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap potensi ancaman udara, menurut laporan terbaharu dari agensi berita negara, IRNA.
“Berikutan pengaktifan pertahanan udara di beberapa bahagian negara untuk menangani beberapa kemungkinan sasaran, laporan menunjukkan tiada serangan atau letupan berskala besar yang disebabkan oleh sebarang ancaman udara telah dilaporkan setakat ini,” kata IRNA awal Jumaat waktu tempatan.
Pemeriksaan menyeluruh di Isfahan, wilayah tengah yang menempatkan kemudahan nuklear, menunjukkan bahawa semua fasiliti ketenteraan dan keselamatan sensitif kekal selamat, tanpa sebarang insiden dilaporkan.
IRNA menambah bahawa tiada pengaktifan sistem pertahanan peluru berpandu dilaporkan.
AS tidak sokong tindakan balas Israel terhadap Iran - Pegawai Kanan AS
Israel dilapor telah memberitahu Amerika Syarikat (AS) pada Khamis bahawa ia akan bertindak balas terhadap Iran dalam beberapa lagi.
Namun, menurut seorang pegawai kanan AS yang tidak dinamakan, negara Uncle Sam itu bagaimanapun tidak menyokong langkah tersebut, lapor CNN.
Serangan pada Jumaat berlaku hanya beberapa jam selepas Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian memberitahu CNN bahawa Iran akan lakukan tindak balas segera dan pada tahap maksimum jika Israel mengambil tindakan ketenteraan lanjut terhadapnya.
Tiga dron berjaya ditembak jatuh di Isfahan - Media Iran
Stesen televisyen Iran memaklumkan pada sekitar 1230 AM GMT, sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan tiga dron yang dilihat di langit Isfahan.
Iran aktifkan sistem pertahanan udara
NEW: Iran activates air defence systems after attack by Israel protects nuclear facilities in Isfahan
— HOT SPOT (@HotSpotHotSpot) April 19, 2024
IRGC says several drones were shot down and they will counter by attacking Israel’s nuclear facilities pic.twitter.com/PkZ40NaDJu
Iran berjanji akan guna senjata terbaharu
Iran has promised to use weapons never before seen ? after the Israeli army bombarded areas near Isfahan and Natanz, where Iran's nuclear program is located.
— Gary Gensler (Parody) (@GaryGenslerMeme) April 19, 2024
Reports coming out of Iran, is that they will be officially targeting Israel’s nuclear sites! ⚠️ pic.twitter.com/U6ASfUggga
Israel sah serang Iran - CNN
? CNN's @MarquardtA gets confirmation from a US official that Israel has attacked Iran, and it appears that the targets are not nuclear facilities.
— Holly Dagres (@hdagres) April 19, 2024
Isfahan, Natanz tapak penting program nuklear Iran
BREAKING: ISRAEL ARMY BOMBED AREAS NEAR ISFAHAN AND NATANZ WHICH CONTAINS IMPORTANT FACILITIES OF IRAN’S NUCLEAR PROGRAM pic.twitter.com/RYA6APq2ct
— Out Of context quotes (@ContextNoQuotes) April 19, 2024
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya telah digantung.
Pengarah Perhubungan Awam Iran sebuah Syarikat Lapangan Terbang mengesahkan dalam temubual dengan Mehr TV yang dikendalikan kerajaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Penerbangan komersial mula melencongkan laluan mereka ke barat Iran susulan sebuah agensi berita Iran mendakwa terdapat 'letupan' kedengaran di bandar Isfahan.
Insiden itu berlaku ketika ketegangan kekal tinggi di Asia Barat selepas serangan peluru berpandu dan dron Iran terhadap Israel selepas rejim itu menyerang kedutaannya di Damsyik, Syria.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
BERITA PENUH DI SINI.
Semua penerbangan dibatalkan
Tehran's Imam Khomeini International Airport (IKA) tells passengers that all flights have been canceled and that they should exit the airport. pic.twitter.com/j52xkMactX
— Holly Dagres (@hdagres) April 19, 2024
Israel didakwa lancar serangan ke atas Iran
? BREAKING: Israel appears to have attacked Esfahan, Iran.
— Holly Dagres (@hdagres) April 19, 2024
This video was posted by the IRGC. pic.twitter.com/YLEFEHcxqQ
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan mereka.
Amaran itu dinyatakan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Khamis.
BERITA PENUH DI SINI.
Perbendaharaan AS draf sekatan baharu terhadap Iran
Amerika Syarikat (AS) sedang menyediakan lebih banyak sekatan ke atas Iran selepas serangan udaranya ke atas Israel, menurut laman berita Axios.
Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen akan mengumumkan langkah itu semasa sidang akhbar pembukaan mesyuarat musim bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington DC, katanya, memetik salinan awal kenyataan setiausaha itu.
Yellen juga akan mendesak menteri kewangan negara lain untuk memperkenalkan sekatan mereka sendiri terhadap Iran.
Kabinet perang Israel bermesyuarat kali kelima hari ini
Kabinet perang Israel akan bersidang Selasa untuk membincangkan tindak balasnya terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran, kata seorang pegawai Israel kepada CNN.
Ia menjadi mesyuarat kelima kabinet perang sejak Tehran melancarkan beberapa siri serangan ke atas Israel pada Ahad.
Serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel menyerang konsulat Iran di Damsyik, Syria, awal bulan ini.
Presiden Iran beri amaran tindak balas dahsyat jika kepentingannya diserang
Presiden Iran Ebrahim Raisi mengeluarkan amaran bahawa sebarang tindakan walaupun kecil terhadap kepentingan Iran akan disambut dengan tindak balas yang dahsyat, meluas dan menyakitkan.
Dalam panggilan telefon dengan Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani pada Isnin, Ebrahim berkata bahawa serangan Iran ke atas Israel hujung minggu ini adalah tindakan pertahanan yang wajar.
“Seperti mana yang telah kami umumkan, operasi 'Honest Promise' secara rasminya berjaya dilaksanakan dengan tujuan menghukum penceroboh.
“Kini kami dengan tegas mengisytiharkan bahawa sebarang tindakan walaupun kecil terhadap kepentingan Iran, pasti akan disambut dengan tindak balas yang dahsyat, meluas dan menyakitkan terhadap semua pelakunya,” kata Raisi.
Korea Selatan arah tindak balas awal bendung risiko
Tehran akan bertindak balas 'dalam beberapa saat' jika diserang
Seorang pegawai Iran memberi amaran bahawa Tehran akan bertindak balas "dalam beberapa saat" terhadap sebarang serangan oleh tentera rejim zionis.
Timbalan Menteri Luar bagi Hal Ehwal Politik Iran, Ali Bagheri Kani berkata Israel telah membuat kesilapan strategik dengan menyerang bahagian konsular kedutaan Iran di Damsyik.
Serangan itu memberi kewajaran untuk ujian sebenar keupayaan ketenteraan dan pertahanan Iran, media kerajaan memetik beliau sebagai berkata.
"Jika Israel menyerang Iran, ia bukan lagi 12 hari, dan jawapan yang mereka terima tidak akan diukur dalam hari dan jam, tetapi dalam beberapa saat," katanya.
PBB ‘bimbang’ Israel serang kemudahan nuklear Tehran
Ketua badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran oleh angkatan tentera Israel (IDF).
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Rafael Grossi berkata demikian selepas ketua tentera Israel Lt Jen Herzi Halevi berkata serangan Iran pada Sabtu akan disambut dengan tindak balas.
Pelancaran lebih 300 peluru berpandu dan dron ke Israel oleh Tehran telah mencetuskan kebimbangan di peringkat antarabangsa mengenai peningkatan konflik.
Menteri luar China, Iran bincang situasi Timur Tengah
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian melalui telefon, pada Isnin.
Hossein Amir-Abdollahian telah menjelaskan pendirian pihaknya membabitkan peristiwa bangunan kedutaan Iran di Syria diserang pada 1 April lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan pantau konflik Timur Tengah, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Timur Tengah dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama, malah beliau sendiri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara pagi tadi, bagi berbincang lanjut situasi tegang di Timur Tengah itu.
BERITA PENUH DI SINI
Nadir dedah 'Misi Gila' bawa balik keluarga dari Gaza, bantuan 'watak utama'
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Muhammad Nadir yang terpisah dengan isteri dan tujuh anaknya berkata, misi menyelamat tersebut bermula selepas beliau diberi peluang bertemu watak utama di Masjid Shah Alam, Selangor, kira-kira sebulan lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Kabinet perang Israel bahas masa, skop untuk tindak balas
Kabinet perang Israel masih membahaskan tindak balas terhadap serangan Iran.
Menurut sumber dua pegawai dalaman yang tidak dinamakan kepada CNN, kabinet perang Israel kini terlibat dalam perdebatan hangat tentang bagaimana dan bila untuk bertindak balas terhadap serangan oleh Iran hujung minggu lalu.
Kabinet perang tetap bertekad untuk bertindak balas terhadap serangan Iran, namun ketika ini anggotanya masih membahaskan isu masa dan skop tindak balas, kata pegawai itu lagi.
Sebagai tambahan kepada tindak balas ketenteraan, kabinet perang juga sedang memikirkan pilihan diplomatik dalam usaha mengetepikan Iran di pentas dunia.
Jordan dakwa Netanyahu cuba alih perhatian terhadap Gaza
Jordan mendakwa Israel sengaja menggunakan alasan konfrontasi dengan Iran sebagai helah bagi menutup kekejaman zionis terhadap rakyat Palestin.
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi memberitahu CNN, beliau percaya Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggunakan alasan perang dengan Iran untuk mengalih perhatian dunia terhadap genosid di Gaza.
"Perdana Menteri Israel sentiasa mahu menimbulkan konfrontasi dengan Iran.
"Sekarang, apabila tekanan antarabangsa terhadap Israel untuk menghentikan pencerobohan ke atas Gaza berterusan, memulakan konfrontasi dengan Iran adalah sesuatu yang kami percaya boleh mengurangkan tekanan itu, dan boleh mengalihkan perhatian terhadap Gaza," kata Safadi kepada CNN Becky Anderson.
Alex Yoong mohon doa, harap dapat pulang ke negara esok
Bekas pelumba Formula 1 (F1) negara, Alex Yoong, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar dia dapat pulang dengan selamat ke tanah air esok.
Pengarah Perlumbaan Kejuaraan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) E-sport 2024 itu kini terkandas di Tehran, Iran selepas lapangan terbang di negara itu ditutup berikutan serangan ke atas Israel baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI
Qatar Airways sambung penerbangan ke Iran
Qatar Airways announces following airport and airspace reopening, that it has resumed its scheduled services to Iran, which include 20 weekly flights to four gateways - Tehran, Mashhad, Shiraz and Isfahan. Qatar Airways’ customers can book flights on the https://t.co/1T0MS4AJnD…
— Qatar Airways (@qatarairways) April 15, 2024
Jordan seru semua pihak redakan ketegangan
Jordan menyeru semua pihak untuk meredakan ketegangan susulan serangan Iran ke atas Israel.
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata Amman tidak mahu konflik berterusan di Timur Tengah selepas serangan Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel.
Beliau menegaskan bahawa semua pihak terlibat dalam konflik itu harus memberi tumpuan kepada hak rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel.
Iran ulangi pendirian serangan ke atas Israel adalah wajar
Serangan Iran ke atas Israel adalah reaksi yang wajar dan bertanggungjawab, kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani sebagai mengulangi pendirian Tehran pada Isnin.
Bercakap kepada pemberita, Kanaani berkata "tindakan ketenteraan adalah langkah terakhir selepas kegagalan semua saluran diplomatik."
Kanaani berkata Iran tidak menjangkakan berlaku peningkatan ketegangan di rantau itu namun akan mengambil tindakan yang sesuai untuk mempertahankan diri.
Negara Afrika gesa Iran-Israel elak peningkatan konflik
Beberapa negara Afrika telah menyatakan kebimbangan selepas serangan Iran ke atas Israel.
Afrika Selatan menekankan bahawa semua pihak mesti "mengelakkan sebarang tindakan yang akan meningkatkan ketegangan di wilayah bergolak" dan menggesa dunia agar tidak melupakan perang di Gaza.
Pemimpin Jerman beri amaran kepada Iran
Canselor Jerman Olaf Scholz memberi amaran kepada Tehran terhadap peningkatan konflik di Timur Tengah selepas serangan Iran ke atas Israel.
Scholz berkata serangan itu adalah "peningkatan konflik yang serius dan sama sekali tidak boleh diterima, difahami atau dipertimbang."
Kabinet perang Israel akan bersidang semula
Kabinet Perang Israel akan bertemu semula hari ini pada jam 2 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Menurut pegawai Israel kepada NBC News, ia susulan mesyuarat selama sejam malam tadi yang mengusulkan agar ia bertindak balas namun perinciannya belum diputuskan.
Pegawai itu berkata antara pertimbangannya adalah sama ada Israel perlu bertindak balas segera atau menunggu, dan kesan konflik ini terhadap operasi Israel di Semenanjung Gaza.
Emas naik harga susulan konflik Iran-Israel
Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lalu.
CIMB Treasury and Markets Research dalam satu nota penyelidikan berkata, peningkatan konflik di Asia Barat menyaksikan harga emas melonjak sebelum menyusut kepada AS$2,350 (RM11,203.60) atau RM360.20 segram.
BERITA PENUH DI SINI
Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan dan menasihatkan mereka agar mengambil pelbagai langkah keselamatan yang sewajarnya, susulan tindakan Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu oleh ke atas Israel Sabtu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata mesej itu disampaikan kepada pegawai kebajikan yang bertugas di negara berkenaan sejurus selepas agensi berita antarabangsa melaporkan berita mengenai serangan itu.
BERITA PENUH DI SINI
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Impak kenaikan harga minyak terhadap negara-negara Asia Pasifik dan global akan berlaku sekiranya ketegangan konflik di Timur Tengah pada masa ini tidak reda dalam masa terdekat, kata Moody's Analytics.
Dalam ulasannya hari ini, firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
BERITA PENUH DI SINI
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya
Raja Jordan Raja Abdullah II menerima satu panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu, menurut The Royal Hashemite Court.
Panggilan telefon itu meliputi perkembangan terkini di rantau itu dan usaha untuk mengurangkan ketegangan dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza, menurut kenyataan The Royal Hashemite Court, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Penerbangan di Iran disambung semula
Penerbangan disambung semula awal pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad Tehran, lapor agensi berita Iran IRNA.
Terdahulu, lapangan terbang tersebut telah menggantung penerbangan susulan serangan peluru berpandu dan dron Iran ke atas Israel.
Cameron gesa Israel tidak bertindak balas terhadap Iran
Setiausaha Luar Britain, David Cameron menggesa Israel agar tidak bertindak balas selepas serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran.
Menurutnya, serangan Tehran itu hampir tidak memberi kesan dan fokus harus kekal kepada persetujuan gencatan senjata di Gaza.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Asia Barat telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Kementerian Luar Thailand dalam kenyataan pada Isnin berkata ketika ini kira-kira 28,000 rakyat Thailand menetap di Israel dan kira-kira 300 orang di Iran.
BERITA PENUH DI SINI
Menteri Luar Rusia hubungi rakan sejawat Iran
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, dilapor telah berhubung dengan Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian susulan peningkatan konflik di Asia Barat.
“Peningkatan konflik berterusan di rantau ini dan tindakan provokatif baharu yang berbahaya boleh membawa kepada peningkatan ketegangan,” kata kementerian luar Rusia dalam kenyataan pada Ahad, lapor Reuters.
Gangguan penerbangan dijangka pada Isnin
Puluhan syarikat penerbangan terpaksa membatal atau mengubah laluan penerbangan sejak dua hari lepas, termasuk Qantas, Lufthansa Jerman, United Airlines dan Air India susulan ketegangan di Asia Barat.
Hizbullah puji serangan Iran ke atas Israel
Kumpulan pejuang Lubnan, Hizbullah memuji tindakan Iran menyerang Israel dan menyifatkannya sebagai keputusan yang berani.
Kumpulan yang disokong Iran itu menambah dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa Iran telah melaksanakan haknya walaupun menerima ancaman, ugutan dan tekanan, lapor Reuters.
Lufthansa tangguh penerbangan hingga Isnin
Lufthansa berkata ia telah menangguhkan sehingga Isnin penerbangannya ke dan dari Tel Aviv di Israel, Amman di Jordan, serta Erbil di Kurdistan Iraq, kata seorang jurucakap.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
Timbalan Wakil PBB China, Dai Bing memberitahu pihaknya mendapati tindakan ketenteraan Iran sebagai respon terhadap serangan Israel terhadap konsulat mereka di Damsyik, Syria.
BERITA PENUH DI SINI.
Biden, Raja Jordan bincang isu Asia Barat
I spoke with His Majesty King Abdullah II of Jordan today about the situation in the Middle East. We agreed to remain in touch over the coming days as we continue to monitor the situation. We also discussed our efforts to increase critical humanitarian assistance to Gaza. pic.twitter.com/JJqo7trLNv
— President Biden (@POTUS) April 15, 2024
Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran
Jordan mempertahankan tindakan memintas dan menembak jatuh dron Iran di ruang udaranya pada Ahad.
Menurut Menteri Luarnya, Ayman al Safadi, negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.
BERITA PENUH DI SINI.
PBB minta semua pihak bertenang, pasca serangan Iran
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mendesak semua pihak bertenang, pasca serangan Iran ke atas Israel.
Beliau mengingatkan semua anggota badan dunia itu, tindakan menggunakan kekerasan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Rusia mengutuk sikap hipokrit negara-negara barat yang berat sebelah atas pendirian dalam perang Iran-Israel pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia berkata negara-negara barat, termasuk Perancis, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mempamerkan sikap itu selepas mereka enggan menyokong kenyataan yang mengutuk serangan Israel ke atas konsulat Iran pada 1 April.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel samakan Iran dengan Nazi, ganas dan ekstrem
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan tegaskan mereka hanyalah salah satu mangsa serangan Iran, kerana menuduh mereka telah terlibat dalam beberapa siri keganasan terhadap negara lain juga.
Dalam ucapannya di mesyurat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Erdan berkata Iran mendominasi dunia dengan mengeksport revolusi radikal Syiah ke seluruh dunia.
BERITA PENUH DI SINI.
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
Singapura masih lagi bimbang dengan pergolakan di Asia Barat serta keadaan berbahaya berterusan berikutan serangan di Gaza yang boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih besar ekoran serangan udara Iran ke atas Israel.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) berkata peningkatan serangan ini menjadikan ketegangan itu bertambah buruk dan menyahstabilkan lagi rantau yang sememang tegang itu dan menyeru semua pihak supaya menahan diri ke tahap maksimum dan mengelakkan daripada mengambil sebarang sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Warga Singapura dinasihatkan supaya tangguh semua perjalanan ke Iran - Kementerian Luar
Singapura menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Iran "berikutan keadaan keselamatan terkini,'' kata Kementerian Luarnya (MFA) pada Ahad.
MFA dalam nasihat perjalanannya untuk Iran juga meminta warga Singapura yang kini berada di negara-negara Timur Tengah untuk sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan semasa dengan rapi.
BERITA PENUH DI SINI.
Situasi di Asia Barat: Malaysia bertindak bijaksana perkukuh ekonomi, kewangan
Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara susulan situasi terkini di rantau Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk potensi dampak ke atas Malaysia dan kedudukan pasaran kewangan.
BERITA PENUH DI SINI.
Konflik Iran-Israel: Rakyat Malaysia dinasihat susun perancangan perjalanan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang memantau dengan teliti perkembangan di Asia Barat berikutan ketegangan antara Iran dan Israel.
Akibat ketegangan yang semakin memuncak, beberapa negara, termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq, telah menutup ruang udara mereka.
BERITA PENUH DI SINI.
Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir
Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.
“Ia sudah berakhir dari sudut pandangan kami, namun tentera kami sentiasa siap siaga untuk bertindak jika wujud ancaman daripada musuh,” ujarnya pada Ahad beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan operasi menggemparkan itu.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan balas Iran untuk pelihara maruah
Serangan berjaya capai sasaran - IRGC
Israel dakwa tembak jatuh 99 peratus serangan dron, peluru Iran
PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu mesyuarat khas petang ini bersama beberapa menteri Kabinet dan pegawai, susulan konflik antara Iran dan Israel.
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat.
BERITA PENUH DI SINI.
Rakyat Malaysia dinasihat susun perancangan perjalanan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang memantau dengan teliti perkembangan di Asia Barat berikutan ketegangan antara Iran dan Israel.
Akibat ketegangan yang semakin memuncak, beberapa negara, termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq, telah menutup ruang udara mereka.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal'
Serangan semalaman Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel telah 'digagalkan' kata tentera Israel pada Ahad ketika ratusan peluru berpandu dan dron berjaya dipintas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Proksi dan sekutu Iran turut melakukan serangan seumpamanya di beberapa kedudukan Israel yang menyaksikan mereka membunyikan siren amaran dan wartawan agensi antarabangsa mendengar letupan di ruang udara Baitulmaqdis pada awal pagi Ahad.
BERITA PENUH DI SINI.
Malaysia pantau konflik Iran-Israel, komited pastikan keselamatan rakyat Malaysia
Malaysia gesa segera tamatkan konflik, fokus bebaskan Palestin
Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada Sabtu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu mengambil tindakan untuk bawa keluar rakyat Malaysia daripada mana-mana tempat mempunyai risiko yang boleh berlaku serangan.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan Iran beri isyarat Tehran mampu bertindak dengan sendiri - Geostrategis
Serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada awal Ahad (waktu Malaysia) bukan bermaksud untuk memusnahkan atau membunuh rakyat Israel, tetapi untuk menunjukkan Tehran mampu bertindak sendiri terhadap negara seterunya itu.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Prof Azmi Hassan berkata Tehran tidak bergantung kepada proksi seperti Hizbollah di Lubnan dalam melakukan sebarang gerakan terhadap Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel pada Ahad sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, jangan mudah terpedaya dengan sebarang hasutan atau naratif oleh pihak yang menyokong tindakan rejim Zionis.
BERITA PENUH DI SINI.
Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron
Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran, menurut laporan media.
Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas satu petanda detik permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Salawati Mat Basir berkata, serangan itu hanyalah suatu permulaan.
BERITA PENUH DI SINI.
Serangan dron Iran: Israel harus bersedia terima ancaman berpanjangan - Dr Noor Nirwandy
Israel kini harus bersedia menerima ancaman berpanjangan daripada Iran susulan tindakan rejim melancarkan serangan udara ke atas bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.
Felo Operasi Psikologi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin juga berpendapat serangan balas Israel dijangka akan berlaku namun jarak ribuan kilometer tidak memungkinkan serangan dilancarkan secara berterusan.
BERITA PENUH DI SINI.
Negara Arab digesa tidak jadi ‘barua’ Zionis - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel kali ini susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara berkenaan.
Menurutnya, diharapkan roket yang dilancarkan itu akan menghancurkan Israel.
BERITA PENUH DI SINI.
Tindakan Iran kerana Israel sudah melampaui batas - Pakar
Tindakan Iran melancarkan serangan dron ke atas wilayah Israel, kerana mereka sudah keterlaluan mencabar kedaulatan mereka.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Salawati Mat Basir berpandangan, ia dapat dilihat apabila Iran tidak melatah susulan beberapa siri serangan terhadap pemimpin tertinggi mereka sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINI.
Mesej 'pedas' Joe Biden kepada Iran
Dalam satu sidang media di White House, Presiden Joe Biden memberi amaran kepada Iran untuk tidak melancarkan apa-apa serangan ke atas Israel. Beliau turut memberitahu Perdana Menteri Israel, A.S. tidak akan mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan terhadap Iran.
Sokongan rakyat Iran terhadap serangan ke atas Israel
People in Tehran Hail Iran's Retaliation Against Israel#LegitimateDefense pic.twitter.com/qDRV3QVHC0
— Fars News Agency (@EnglishFars) April 14, 2024
Serangan dron Iran melintasi ruang udara Al-Aqsa
Iran lancar lebih 200 dron ke Israel
Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu balistik ke Israel dan serangan itu dikatakan masih 'berterusan'.
"Iran telah melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu balistik," kata Laksamana Muda Israel, Daniel Hagari dalam satu kenyataan.
BERITA PENUH DI SINI.
Ribuan berkumpul di Iran, sokong serangan ke atas Israel
Ribuan rakyat Iran turun ke jalanan di Iran pada awal pagi Ahad sebagai tanda sokongan terhadap serangan dron dan peluru berpandu terhadap Israel.
Penunjuk perasaan melaungkan “Kematian kepada Israel!” dan "Kematian kepada Amerika!" di Dataran Palestin Tehran sejurus selepas Pengawal Revolusi mengumumkan pelancaran Operation Honest Promise.
BERITA PENUH DI SINI.
Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran
Barisan panjang terbentuk di kebanyakan stesen minyak di Tehran apabila rakyat Iran bergegas mengisi minyak kenderaan mereka.
Ini susulan selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel, pada lewat malam Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI.
Iran lancar serangan dron terhadap Israel
??Iran launches attack on Israel?? with dozens of suicide drones armed with 20kg of explosives each, set to hit mainland in 9 hours pic.twitter.com/BBmOCHEg7k
— PREM BANA (@PREMBANA336893) April 14, 2024
Jordan pintas dron Iran ke Israel
Tentera udara Jordan memintas dan menembak jatuh berpuluh-puluh dron Iran yang melanggar ruang udaranya dan sedang menuju ke Israel.
Perkara itu disahkan dua sumber keselamatan serantau dalam laporan Reuters.
BERITA PENUH DI SINI.
Konflik Iran-Israel: UNSC dijangka adakan mesyuarat tergempar
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhasrat untuk mengadakan mesyuarat pada Ahad.
Perkara itu disahkan seorang diplomat selepas Israel meminta UNSC mengutuk serangan Iran ke atas Israel dan menamakan Kor Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas.
BERITA PENUH DI SINI.
Israel minta PBB adakan mesyuarat tergempar kutuk serangan Iran
Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Malta, yang kini mengetuai Majlis Keselamatan PBB, meminta badan tertinggi itu mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan dengan segera untuk mengutuk serangan Iran.
Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang merupakan cabang utama pelbagai perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, sebagai organisasi pengganas.
BERITA PENUH DI SINI.
Iran dakwa serangan sebagai mempertahankan diri
Wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sifatkan serangannya ke atas Israel sebagai mengikut lunas undang-undang.
Memetik Artikel 51 Piagam PBB, Iran tegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tentera AS tembak jatuh dron Iran
Tentera Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi dari beberapa pangkalan yang tidak diketahui di Asia Barat, dilaporkan menembak jatuh dron Iran di daerah Sweida dan Deraa, berhampiran sempadan Jordan.
Perkara berkenaan disahkan sumber keselamatan kepada Reuters.
BERITA LANJUT DI SINI.
'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC
Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengeluarkan satu kenyataan bahawa serangan dron mereka atas alasan yang kukuh.
Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan dan jenayah rejim Zionis dalam serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.
BERITA LANJUT DI SINI.
Peluru berpandu Iran jatuh di Pangkalan Udara Ramon
BREAKING: Iran successfully targeted Israel’s Ramon Airbase with ballistic missiles.
— sarah (@sahouraxo) April 14, 2024
This base has been repeatedly used to carry out bombing against Syria and the Iranian advisors present on Syrian soil.
In other words: This is actual self-defense.
pic.twitter.com/dX51dfLImr
Tentera Israel tembak jatuh dron Iran
Israel membunyikan siren awal pagi Ahad bagi memberi amaran kepada penduduk di Baitulmaqdis untuk berlindung.
Letupan kuat turut kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu.
BERITA LANJUT DI SINI.
'Kami sudah bersedia diserang Iran' - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tegaskan rejimnya bersedia "untuk sebarang senario" ketika Iran melancarkan berpuluh-puluh dron ke atas Israel.
Menurut Netanyahu, sistem pertahanan mereka sudah dalam keadaan siap siaga, sejak beberapa minggu lalu.
BERITA LANJUT DI SINI.
Iran lancar dron serang Israel
Iran melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.
BERITA LANJUT DI SINI.