Korban meningkat kepada 90 orang, 31 masih hilang
Angka korban runtuhan bangunan kondominium di pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 90 orang, dengan 71 daripadanya telah dikenal pasti oleh ahli keluarga mangsa.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Miami Daniella Levine Cava pada Ahad, sambil memaklumkan bahawa terdapat 31 mangsa lagi masih belum ditemui di lokasi tragedi itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Korban cecah 84 mangsa
Korban meningkat kepada 84 mangsa, 76 masih hilang
Angka kematian runtuhan sebuah bangunan kondominium di pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 84 orang.
Sejumlah 76 lagi penghuni masih hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kucing 'ajaib'
DI SEBALIK angka kematian yang semakin meningkat susulan kejadian runtuhan bangunan kondominium di Miami, Florida di Amerika Syarikat bulan lalu, sekurang-kurangnya ada berita gembira dan 'keajaiban' berlaku.
Ketika dunia berduka dengan kejadian yang maragut puluhan nyawa dengan tiada harapan mangsa yang terselamat, seekor kucing berwarna hitam ditemukan selamat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Korban meningkat kepada 78
Angka kematian insiden kondominium runtuh di Miami, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 78 orang.
Sejumlah 62 mangsa masih belum ditemukan.
Datuk Bandar Miami-Dade Daniella Levine Cava berkata usaha mengeluarkan mangsa yang masuk hari ke 16 itu dipercepatkan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Angka korban terus meningkat
Mayat adik ipar Presiden Paraguay ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat tragedi runtuhan Surfside di Florida menemui mayat Sophia López Moreira, adik wanita pertama Paraguay, Silvana López Moreira.
Menteri Luar, Euclides Acevedo mengesahkan berita itu pada Khamis petang, menurut akhbar utama Paraguay, ABC Color.
Turut ditemui ialah suaminya, Luis Pettengill, dan anak bongsu mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lapan lagi mayat ditemukan, korban kini 36 orang
Pasukan mencari dan menyelamat pada Selasa berjaya menemukan lapan lagi mayat mangsa runtuhan menara kondominium Champlain Towers South di Florida.
Mayat ditemukan selepas struktur bangunan yang tinggal dirobohkan pada Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Empat lagi mayat ditemukan, korban terkini 32
Empat lagi mayat mangsa runtuhan kondominium di Florida, Amerika Syarikat ditemukan.
Ini menjadikan jumlah korban terkini 32 mangsa, lapor CNN.
Datuk Bandar Miami-Dade Daniella Levine Cava berkata, pasukan pencari dan penyelamat telah menemukan empat mangsa dari kondominium Champlain Towers South yang runtuh di Surfside, Florida itu pada Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kondominium dirobohkan sepenuhnya
Amaran taufan, kerja meroboh sisa blok runtuh dipercepat
Pihak berkuasa Florida, Amerika Syarikat (AS) memutuskan kerja merobohkan blok bangunan kondominium Champlain Towers South di Miami yang masih berdiri akan dipercepatkan.
Ia mengambil kira aspek keselamatan, lebih-lebih lagi ketika taufan Elsa dijangka membadai Florida seawal Isnin.
Dengan perkembangan itu, pihak berkuasa berkata, blok bangunan menara akan dirobohkan pada Ahad bagi membolehkan pasukan operasi menjalankan misi di lokasi kejadian dengan selamat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
4 lagi mayat ditemukan, bangunan bersebelahan dikosongkan
Angka kematian runtuhan kondominium di Miami, Florida, Amerika Syarikat meningkat kepada 22 orang pada Jumaat.
Ia susulan penemuan empat lagi mayat mangsa di bawah runtuhan menara kondominium Champlain Towers South, lapor Reuters.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengarahkan premis kediaman bersebelahan dikosongkan setelah bangunan itu dianggap tidak selamat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat anak perempuan anggota bomba ditemui
Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun ditemui di bawah lokasi runtuhan kondominium Champlain Towers South, di Miami, Amerika Syarikat.
Mayat yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang ditemui di bawah runtuhan bangunan itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Empat lagi mangsa korban ditemui
Empat lagi mangsa korban insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat Khamis lalu ditemui.
Ia menjadikan jumlah mangsa korban yang ditemui adalah sebanyak 16 mangsa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Korban ke-12 ditemukan, 149 masih hilang
ANGKA kematian insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 12 orang.
Menurut pihak berkuasa pada Selasa, 149 penghuni masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari keenam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa ke-11 ditemukan
Satu lagi mayat ditemukan dari tapak runtuhan menara kondominium Florida pada Isnin, menjadikan angka kematian kini 11 orang.
Datuk Bandar Miami-Dade County Daniella Levine Cava berkata 150 mangsa masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Waris mangsa dibawa ke tapak runtuhan
Ahli keluarga mangsa yang terkorban dan juga masih belum ditemui dibawa ke tapak runtuhan kondominium Champlain Towers South dengan menaiki bas.
Menurut Datuk Bandar Miami-Dade County Daniella Levine Cava pada Ahad, kesemua waris mangsa korban dibenarkan ke lokasi bagi memberi sokongan terhadap usaha dijalankan pasukan penyelamat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Nama 4 lagi mangsa diumumkan
#UPDATE 29: We have identified four additional victims that sadly and unexpectedly lost their lives in the tragic Surfside building collapse. Please keep their families and loved ones in your prayers. pic.twitter.com/MKKgXymIuM
— Miami-Dade Police (@MiamiDadePD) June 28, 2021
Korban meningkat kepada 9 orang
Angka korban dalam insiden runtuhan kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat meningkat kepada sembilan orang.
Pihak berkuasa berkata pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat di bawah runtuhan bangunan berkenaan.
Datuk Bandar Miami, Daniella Levine Cava pada sidang media berkata setakat ini terdapat 156 orang lagi yang masih hilang.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Sidang media ke-11
#HappeningNow: (6-27-21) MEDIA BRIEFING 11 - Regarding the Surfside Building Collapse https://t.co/jWDm0uwLpq pic.twitter.com/H5J7mB0ojc
— Miami-Dade Police (@MiamiDadePD) June 27, 2021
Pangsapuri runtuh: 4 disahkan maut, 159 mangsa dikhuatiri tertimbus
Setelah lebih 24 jam, masih terdapat kira-kira 159 mangsa yang terperangkap dan belum dikeluarkan dalam runtuhan sebuah pangsapuri 12 tingkat di pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Datuk Bandar Miami berkata, pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di pangsapuri Champlain Towers South bagi mencari mangsa yang mungkin masih hidup.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Gambar dari lokasi
How does a building just collapse?#Surfside pic.twitter.com/DBYHXmmh43
— We Wondered Why Not (@TyMurphy19) June 24, 2021
Pasukan penyelamat bersedia di lokasi
During the early morning hours Lauderhill Fire Rescue along with dozens of other Fire-Rescue units from across Broward & Dade County responded to a partial building collapse in Surfside.LFD units staged and were ready to assist. #SurfsideBuildingCollapse pic.twitter.com/dabJQ0gr0z
— LauderhillFDOpsChief (@LHFireOPSChief) June 24, 2021
Gambaran sebelum dan selepas
Before and after photos of Florida condo building collapse:https://t.co/7bLWYwHr4k pic.twitter.com/l4FCPQbnJe
— NBC News (@NBCNews) June 25, 2021
Ibu terdengar bunyi rekahan - Anak mangsa runtuhan
Seorang lelaki mendakwa ibunya ada menghubunginya di telefon memberitahu tentang bunyi rekahan kuat yang didengarnya sehari sebelum kejadian.
Pablo Rodriguez berkata bunyi itu amat kuat sehingga membuatkan ibunya terjaga.
Ibu dan nenek Pablo adalah antara sekurang-kurangnya 99 penghuni yang masih hilang.
"Dia baru saja beritahu saya yang dia terbangun sekitar jam 3 atau 4 pagi dan terdengar seperti bunyi yang bergetar.
"Bunyi itu cukup kuat untuk mengejutkannya.
"Dia terbangun dan dia tidak dapat tidur kembali selepas itu," kata Pablo kepada CNN.
Rodriguez berkata dia menaruh harapan agar ahli keluarganya selamat.
Petanda kemungkinan runtuh sejak 90an lagi - Pakar
Bangunan kondominium Champlain Towers South telah menunjukkan tanda-tanda akan mendap sejak tahun 1990-an lagi.
Profesor di Institut Alam Sekitar Universiti Antarabangsa Florida, Shimon Wdowinski, yang mengkaji kejadian bangunan runtuh berkata perkara itu diputuskan dalam sebuah kajian tahun lalu.
Menurutnya, kondominium tersebut menunjukkan kadar pemendapan sekitar dua milimeter setahun dari 1993 hingga 1999.
Walaupun pemendapan tanah itu bukan penyebab utama keruntuhan kondominium berkenaan, beliau berkata ia boleh menjadi faktor penyumbang.
Perkembangan langsung pangsapuri runtuh di Miami
Gabenor Florida isytihar darurat
Gabenor Florida Ron DeSantis mengeluarkan perintah eksekutif pada Khamis malam untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat runtuhan Champlain Towers di Surfside.
Perisytiharan darurat itu membolehkan semua sumber yang diperlukan dikerah ke kawasan tersebut termasuk anggota penguat kuasa dan anggota kecemasan yang lain.
Ia juga bagi memastikan bantuan sewajarnya kepada keluarga yang terjejas akibat runtuhan bangunan tersebut.
Sekurang-kurangnya seorang terkorban dalam runtuhan itu.
Seramai 37 yang lain berjaya dibawa keluar dari runtuhan dan sekurang-kurangnya 99 lagi masih belum dijumpai, lapor CNN.
Donald Trump keluar kenyataan
#BREAKING: Former President Donald Trump releases statement about building collapse in Surfside, Florida. #BreakingNews pic.twitter.com/ZnNJjrcU1J
— BREAKING NEWS (@Breaking_4_News) June 24, 2021
Rakaman Skycam kejadian runtuhan
Skycam footage captures partial collapse of a multi-story condominium building in #Miami, FL around 2 a.m. It is unknown how many were in the building at the time of collapse. Still an active seen. pic.twitter.com/y92CqlQrhj
— Brennan Prill (@WxBrenn) June 24, 2021
Pangsapuri runtuh: Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan
Usaha mencari dan menyelamat mangsa dari sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di Miami, Florida yang runtuh awal pagi Khamis waktu tempatan diteruskan.
Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya dikeluarkan.
Laporan awal menyatakan sekurang-kurangnya seorang maut dengan hampir 100 orang masih terperangkap di bawah runtuhan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pangsapuri runtuh: Seorang maut, usaha pencarian giat dilakukan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di bandar Surfside, utara pantai Miami, Florida runtuh awal pagi Khamis.
Menurut pihak berkuasa, pasukan peyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pembaikan kakisan dalam perancangan
Bangunan kondominium 12 tingkat yang runtuh dilapor akan menjalani pembaikan akibat struktur besi yang dikesan berkarat dan konkrit yang rosak.
Peguam Kenneth S. Direktor yang mewakili persatuan penduduk di bangunan Champlain Towers South itu berkata seorang jurutera telah mengenal pasti pembaikan yang diperlukan agar bangunan itu memenuhi piawaian struktur sebagai sebahagian daripada proses pensijilan semula bangunan yang berusia 40 tahun itu.
Direktor berkata tiada petunjuk yang mengatakan kejadian runtuhan itu ada kaitan dengan masalah yang dikenal pasti dalam kajian kejuruteraan tersebut.
Menurutnya mana-mana bangunan tepi laut pada usia itu akan mengalami kakisan dan kerosakan konkrit akibat pendedahan kepada garam laut yang menembusi struktur dan mulai berkarat.
Pandangan atas lokasi kejadian
Aerial views of the condo building collapse in #Surfside, #Florida, near #MiamiBeach. Story: https://t.co/5ELnkRr2G1 pic.twitter.com/SZO8TpXNwv
— South Florida Sun Sentinel (@SunSentinel) June 24, 2021
Gambaran visual kemusnahan
Champlain Towers South, a 12-story condominium in Surfside, Florida has collapsed.
— USA TODAY Graphics (@usatgraphics) June 24, 2021
Many residents of the 130+ impacted units are feared dead or trapped.
The building was determined to be unstable a year ago.
A visual investigation of the collapse: https://t.co/Q3ID75VCvm pic.twitter.com/Eiuf644BtL
Rakaman CCTV dalam unit kediaman
#Surfside
— Shane B. Murphy (@shanermurph) June 24, 2021
BREAKING - CAUGHT ON CAM:
I am a resident of one of the condos on the side of the collapse. This is a video from my camera footage inside from the start of the collapse until the lose of connection (I was away from the building today)pic.twitter.com/nRaDBz67t7
Video orang awam dari lokasi kejadian
BREAKING: Multi-level building collapse reported in Surfside, Florida. Multiple emergency agency's responding. #miami
— Izzy (@YWNReporter) June 24, 2021
pic.twitter.com/xDlVUeTfle
Kanak-kanak lelaki diselamatkan
Boy rescued from the rubble of a building collapse in Surfside, Florida -- near Miami Beach.
— Brian Entin (@BrianEntin) June 24, 2021
Hundreds of first responders are on the scene right now.
Rescue operation continues at 8777 Collins Ave. pic.twitter.com/Hnq7Gd9QW4
Infografik runtuhan
A more detailed graphic showing the apparent extent of the Miami/Surfside building collapse and damage. pic.twitter.com/kwrMClDr3g
— Kyle H, Space Guy (@BoldlyBuilding2) June 24, 2021
Gambar sebelum runtuhan
For some perspective on the Miami Beach building collapse, everything to the left of the red line is gone. pic.twitter.com/NaXXYm9jfO
— Tony Pascarella (@tonypascarella) June 24, 2021
1 maut, pencarian mangsa diteruskan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat di bandar Surfside, utara pantai Miami, Florida runtuh awal pagi Khamis.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Bagaimanapun, tidak jelas berapa orang yang tinggal di bangunan itu atau yang berada berada di dalam bangunan ketika kejadian.
Usaha pencarian turut menggunakan anjing pengesan.
Video pencarian di ruang parkir
#MDFR #TRT & #FLTF1 are working in the basement parking garage at Champlain Towers. Firefighters continue working on locating possible victims, while dealing with heavy damage and changing conditions in the parking garage. #SurfsideBuildingCollapse pic.twitter.com/qseknk0T8q
— Miami-Dade Fire Rescue (@MiamiDadeFire) June 24, 2021
Punca kejadian belum diketahui
Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi berhubung punca bangunan kediaman itu runtuh.
Datuk Bandar Miami-Dade County, Daniella Levine Cava berkata jurutera struktur akan terlibat dalam siasatan bersama bomba bandar Surfside.
Menurut Jabatan Polis Daerah Miami-Dade, mereka akan menyiasat kejadian itu setelah operasi mencari dan menyelamat selesai.
37 berjaya dibawa keluar dari runtuhan
Sejumlah 37 orang berjaya dibawa keluar dari runtuhan bangunan kediaman di Surfside, Florida.
Penolong Ketua Bomba Penyelamat Bomba Miami-Dade, Ray Jadallah berkata sekurang-kurangnya 11 orang yang cedera telah dirawat dan empat daripadanya dibawa ke hospital.
CNN dalam laporannya menyebut bahawa sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia akibat runtuhan itu.
Bunyi dari bawah runtuhan
Anggota bomba dilapor mendengar bunyi dari bawah runtuhan.
Penolong Ketua Penyelamat Bomba Miami-Dade, Ray Jadallah mengesahkan pihaknya ada terdengar bunyi dari bawah runtuhan bangunan itu.
99 penghuni masih hilang
Sejumlah 99 penghuni masih hilang manakala 102 berjaya dikesan.
"Saya ingin berikan angka yang menyenangkan, 102 orang berjaya dikesan.
"Itu dua kali ganda angka yang kami laporkan kali terakhir.
"Seratus dua orang dari bangunan(runtuh), lokasi mereka diketahui, dan mereka selamat," kata Levine Cava.
Datuk Bandar turut memaklumkan masih ada sekurang-kurangnya 99 orang yang belum ditemukan.
FEMA 'sedia untuk dikerah' - Biden
Presiden Biden memaklumkan bahawa aset bantuan Persekutuan, termasuk bantuan daripada FEMA, "bersedia untuk dikerahkan" susulan insiden runtuhan bangunan di Surfside, Florida.
"Kami sedang memantau perkembangan ini, dan bersiap sedia untuk mengerahkan aset Persekutuan jika diminta.
"Kita tidak boleh masuk dan melakukannya, tetapi FEMA ada di sana dan memantau apa yang diperlukan.
"Saya beritahu kepada penduduk Florida, 'Apa sahaja pertolongan yang anda mahukan yang dapat diberikan oleh kerajaan persekutuan.
"Kami sedang menunggu, beritahu saja kami, kami akan berada di sana,'" kata Biden.
55 unit pangsapuri runtuh
Sebahagian bangunan kediaman di Surfside, Florida, Amerika Syarikat runtuh awal Khamis.
Menurut Miami-Dade Fire Rescue, kira-kira 55 unit pangsapuri runtuh pada bangunan yang terletak di 8777 Collins Avenue, beberapa batu di utara Miami Beach itu.
Bangunan 12 tingkat dengan 136 unit tersebut siap dibina pada tahun 1980-an dan merupakan pangsapuri berkepadatan tinggi.
Bangunan kediaman runtuh
BREAKING: Multi-level building collapse reported in Surfside, Florida. Multiple emergency agency's responding. #miami
— Izzy (@YWNReporter) June 24, 2021
pic.twitter.com/xDlVUeTfle
Pangsapuri 12 tingkat runtuh
[BARU DITERIMA] Sekurang-kurangnya 99 individu dilaporkan hilang selepas sebuah bangunan pangsapuri 12 tingkat runtuh di Florida, pada Khamis.
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) June 24, 2021
Seorang maut manakala 10 lagi cedera, usaha menyelamat sedang dijalankan ketika ini. @501Awani pic.twitter.com/DG3Z1dY0Jo