Biden tandatangani 17 arahan eksekutif
Tweet pertama Jill Biden
Thank you for your faith in something that is bigger than all of us: that we will build a better world because were going to do it together. pic.twitter.com/k6JT7Os92N
— Jill Biden (@FLOTUS) January 21, 2021
Biden sain 15 perintah eksekutif, 2 perintah agensi
Presiden Joe Biden baru saja selesai menandatangani 15 perintah eksekutif dan dua perintah agensi.
Antara yang ditandatangani Biden termasuk arahan memakai pelitup muka di bangunan milik kerajaan Persekutuan, satu perintah berhubung kesaksamaan kaum dan satu lagi tentang penglibatan semula Perjanjian Iklim Paris.
Surat Trump kepada Biden
Presiden Joe Biden berkata Trump tinggalkan surat yang disifatkannya "cukup bermurah hati" sebelum meninggalkan White House.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut sebagai menghormati bekas Presiden Donald Trump.
"Oleh kerana ini surat peribadi, saya tidak mahu bercakap mengenainya melainkan setelah bercakap sendiri dengan beliau," kata Biden.
Ratu Elizabeth ucap tahniah
Ratu Elizabeth dilapor mengutuskan warkah ucapan tahniah kepada Presiden Biden sebelum upacara angkat sumpah bermula, sumber istana memaklumkan kepada CNN.
Kandungan warkah itu bagaimanapun tidak didedahkan.
Kamala Harris di White House sebagai Naib Presiden AS
Kamala Harris masuk ke bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower buat kali pertama sebagai Naib Presiden.
Harris melakar sejarah hari ini menjadi wanita Asia Selatan berkulit hitam pertama menjawat jawatan itu.
Biden di White House sebagai Presiden AS
Joe Biden kini berada di White House sebagai Presiden buat julung kalinya.
Beliau dan isteri disambut pegawai tentera dan pasukan pancaragam yang memainkan lagu "Hail to the Chief" dan "God Bless America".
Lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
HOS popular, James Corden tampil dengan video parodi terbaru, kali ini tentang hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Kali Ini Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misérables.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Kini masa untuk melangkah ke hadapan'
The time to move forward is now. pic.twitter.com/IrUUu0bxGO
— President Biden (@POTUS) January 20, 2021
'Saya berjanji akan jadi presiden untuk semua rakyat Amerika' - Joe Biden
Joe Biden membuat ucapan sulungnya setelah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 yang baharu.
Dalam ucapannya, beliau berjanji akan menjadi presiden kepada seluruh rakyat Amerika, termasuk mereka yang tidak menyokongnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Tangani krisis segera'
There is no time to waste when it comes to tackling the crises we face. That's why today, I am heading to the Oval Office to get right to work delivering bold action and immediate relief for American families.
— President Biden (@POTUS) January 20, 2021
"Sedia berkhidmat" - kenyataan pertama Kamala Harris di Twitter sebagai Naib Presiden AS
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP sebaik selesai mengangkat sumpah di Bangunan Capitol.
“Sedia berkhidmat.” Itu ciapan ringkas yang dikeluarkan olehnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden AS
Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu selepas selesai mengangkat sumpah di Bangunan Capitol, Washington D.C pada jam 11:42 pagi (waktu tempatan) atau 12:42 pagi waktu Malaysia.
Harris, 56 diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu untuk bergandingan dengan Presiden Joe Biden.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kamala Harris angkat sumpah jawatan Naib Presiden
Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.
Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Majlis angkat sumpah Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46
Mr dan Mrs Biden, Mrs dan Mr Harris tiba di Capitol Hill
Joe Biden dan isterinya, Jill Biden tiba di Bangunan Capitol Hill AS bagi upacara pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff juga kelihatan menaiki tangga Capitol AS di seiringan dengan Biden memasuki pintu bangunan Capitol.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah
Joe Biden dan isterinya, Jill Biden tiba di Bangunan Capitol Hill AS bagi upacara pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff juga kelihatan menaiki tangga Capitol AS di seiringan dengan Biden memasuki pintu bangunan Capitol.
BACA BERITA PENUH DI SINI
"Tahniah rakanku!" Ucapan Barack Obama kepada Biden
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS ke-46.
Ucapan itu dizahirkan menerusi akaun rasmi Twitter Obama @BarackObama dan disertakan gambar kedua-dua pemimpin negara itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mike Pence tiba di bangunan Capitol Hill
Naib Presiden Mike Pence tiba di bangunan Capitol Hill untuk menyertai upacara majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.
Umum mengetahui, Trump memilih untuk tidak menghadiri majlis bersejarah berkenaan. Beliau memberi ucapan selamat tinggal sebelum menaiki Air Force One ke Florida.
Kata-kata semangat Obama pada Biden: 'This is your time'
Congratulations to my friend, President @JoeBiden! This is your time. pic.twitter.com/LXzxGnBAfz
— Barack Obama (@BarackObama) January 20, 2021
Selebriti ternama tunjukkan sokongan
Golongan selebriti di negara berpopulasi 328 juta itu juga tidak berkecuali dalam menzahirkan perasaan mereka menerusi pelbagai saluran media sosial.
Antara yang teruja dengan upacara angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 itu ialah Chrissy Teigen, John Legend, Demi Lovato, Jennifer Lopez, Demi Lovato dan Jon Bon Jovi.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Isu perpaduan dijangka bertambah baik di bawah pentadbiran Joe Biden
Pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris dilihat bakal mengukuhkan semula isu perpaduan di negara kuasa besar itu.
Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Jatswan Singh berkata, ini disebabkan dilihat wujudnya isu perpecahan dalam pentadbiran Donald Trump sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perspective with U.S. Ambassador to Malaysia Kamala Lakhdhir
Hubungan China-AS dijangka semakin baik
Ini jadual terakhir Trump sebagai Presiden
White House mengeluarkan jadual hari terakhir Trump sebagai Presiden AS.
Walau bagaimanapun, senarai yang dikeluarkan agak samar, hanya menyebut tentang waktu Presiden AS ke-45 itu keluar iaitu pada 8 pagi waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Tiada makluman tentang upacara perpisahan yang dijadualkan di Joint Base Andrews yang sepatutnya diadakan sejurus beliau dan isteri Melania meninggalkan White House untuk menaiki helikopter Marine One.
Jadual yang dikeluarkan hanya tertera "Presiden dan Wanita Pertama akan meninggalkan White House pada jam 8 am untuk berangkat ke Palm Beach, Florida."
YouTube haramkan Trump seminggu lagi
YouTube memaklumkan ia memanjangkan pengharaman terhadap Presiden AS Donald Trump untuk sekurang-kurangnya tujuh hari lagi.
Platform penstriman video itu telah mengharamkan Trump pada 12 Januari daripada memuat naik video kerana melanggar polisi setelah didakwa mencetuskan keganasan selepas penyokongnya merempuh bangunan Capitol ketika Dewan Perwakilan sedang bersidang untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.
Hari terakhir Trump di White House
Penggal pemerintahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hanya berbaki satu hari lagi ketika persiapan pelantikan penggantinya di White House, Joe Biden pada Rabu sedang giat dijalankan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Biden batal dekri longgar sekatan perjalanan
PM UK alukan kerjasama dengan pentadbiran Biden
Perdana Menteri United Kingdom (UK) mengalu-alukan kerjasama dengan pentadbiran Presiden AS yang baharu, Joe Biden.
Kenyataan Boris Johnson itu dibuat pada Selasa menjelang upacara angkat sumpah Biden malam ini.
Perkara yang akan berlaku pada upacara angkat sumpah Joe Biden
BACA BERITA PENUH DI SINI
Siapa Joe Biden? Ini lima fakta ringkas presiden baharu Amerika Syarikat
HAMPIR 30 tahun menanti, Joseph Robinette Biden Jr. atau Joe Biden, 77, kini menggalas tugas berat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.
Tidak seperti dua percubaan sebelum ini, ramai melihat Biden 'masuk gelanggang' tahun ini dengan banyak kelebihan. Justeru, kemenangannnya tidak begitu mengejutkan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Senator Republikan kecam Trump secara terbuka
Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu
Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu AS
Presiden Donald Trump mengucapkan selamat kepada pentadbiran baharu White House yang akan diterajui Joe Biden bermula hari ini.
Dalam video ucapan akhir itu, Trump yang merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 berharap negara akan kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan
Presiden Donald Trump menarik balik sekatan perjalanan terhadap Schengen Area, United Kingdom (UK), Ireland dan Brazil yang dikenakan susulan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik proklamasi di laman web Rumah Putih.
"Proklamasi 9993 pada 11 Mac 2020 (Penangguhan Kemasukan Sebagai Imigran dan Bukan Imigran Orang Tambahan Tertentu yang Berisiko Menularkan COVID-19, 2019), Proklamasi 9996 14 Mac 2020..., dan Proklamasi 10041 dari 24 Mei 2020..., dengan ini ditamatkan berkuat kuasa 12.01 pagi (waktu timur) pada 26 Januari 2021," kata pengisytiharan itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil - Jurucakap
Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak akan menarik semula sekatan perjalanan berkaitan COVID-19 untuk kemasukan dari Eropah dan Brazil, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik jurucakap Jen Psaki.
"Sebelum ini, Presiden Donald Trump dilaporkan akan menarik semula sekatan dari Schengen Area, United Kingdom, Ireland dan Brazil bermula 26 Januari, memetik proklamasi di laman web Rumah Putih."
BACA BERITA PENUH DI SINI
Cabaran besar memulihkan negara
Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Joe Biden berdepan pelbagai cabaran besar selepas memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat dan dipilih sebagai Presiden AS ke-46 pada 20 Januari ini.
Selain menangani pandemik COVID-19 yang telah mengorbankan lebih 4,000 penduduk setiap hari, Biden juga perlu menyatukan semula negara itu, terutamanya selepas serangan tercetus di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Menjelang angkat sumpah Biden, kawalan diperketat
Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
MENJELANG angkat sumpah jawatan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat, ancaman kumpulan ekstremis yang dijangka melakukan demontrasi di bangunan-bangunan pentadbiran mendorong beberapa gabenor mengerahkan kekuatan anggota keselamatan.
Ini berlaku kurang dua minggu pasca rusuhan di bangunan Capitol Hill di Washington.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Pada hari pertamanya di White House, bakal Presiden Amerika Syarikat ke-46, Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
25,000 tentera di Washington minggu depan
Kawalan keselamatan dilipat ganda di Washington DC
Biden rancang pakej rangsangan AS$ 1.9 trilion
Pendakwaan dijangka berlangsung Rabu depan
Pendakwaan Trump dijangka berlangsung Rabu depan
DONALD Trump dijadual berdepan pendakwaan di Senat pada Rabu 20 Jan ini sebaik sahaja secara sah meninggalkan White House.
Ini adalah kali kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berdepan pendakwaan berkaitan salah laku.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tom Hanks jadi hos program khas meraikan hari angkat sumpah Joe Biden
Pelakon ternama, Tom Hanks, akan menjalankan tugas selaku pengacara dalam siaran khas waktu perdana di televisyen pada 20 Januari ini sempena upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Reuters yang memetik kenyataan daripada jawatankuasa Biden melaporkan, program berdurasi 90 minit Celebrating America itu juga bakal menghadirkan selebriti seperti Jon Bon Jovi, Demi Lovato, Justin Timberlake dan Ant Clemons.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump
KONGRES Amerika Syarikat mengambil langkah untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatannya selepas didakwa memainkan peranan dalam serangan terhadap bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
Kongres yang dikuasai oleh Parti Demokrat memberi tekanan kepada Naib Presiden, Mike Pence untuk menggunakan Artikel 25 Perlembagaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Trump.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Trump sahkan tidak akan hadiri majlis angkat sumpah Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah penggantinya, Joe Biden, yang dijadualkan pada 20 Januari ini.
Perkara itu dimaklumkan Trump menerusi ciapan di laman Twitternya pada Jumaat, beberapa jam selepas menjanjikan peralihan kuasa yang aman.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Wakil Republikan terima kemenangan Biden
Demokrasi telah menang - Biden
Janji Biden semasa 100 hari pentadbiran
Biden yakin pasukannya boleh bina semula ekonomi
Penyokong Biden rai kemenangan
AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
CALON Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.
Memetik laporan AP berdasarkan unjuran yang dibuat agensi berita itu, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.
BACA BERITA PENUH DI SINI