UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata: Tentera Israel keluar perintah, ancaman buat penduduk Gaza

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee menyenaraikan beberapa larangan termasuk menjauhkan diri dari kawasan tentera dan zon penampan.

Astro Awani
Tentera Israel akan kekal ditempatkan di kawasan tertentu di Semenanjung Gaza. -Gambar fail/Reuters

Warga Palestin cedera dalam serangan dron Israel

Tue Jan 21 2025

Dua rakyat Palestin dilaporkan cedera di Gaza akibat tembakan tentera Israel, menurut agensi berita Wafa.

Di luar pantai Gaza City, seorang nelayan Palestin cedera akibat tembakan Israel, lapor Wafa, manakala sebuah dron mencederakan seorang lagi orang awam berhampiran kawasan kejiranan Sabra di Gaza City.

Serangan ini adalah tambahan kepada beberapa siri serangan di wilayah tersebut sejak gencatan senjata berkuat kuasa.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, tentera Israel telah menembak dan membunuh tiga rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, di Rafah.

Tentera Israel keluar perintah, ancaman untuk penduduk Gaza

Tue Jan 21 2025

Tentera Israel mengeluarkan beberapa perintah dan ancaman untuk penduduk Gaza.

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan menyenaraikan perkara-perkara berikut:

1. Menurut perjanjian (gencatan senjata), (tentera Israel) akan kekal ditempatkan di kawasan tertentu di Semenanjung Gaza.

2. Jangan mendekati (tentera) di kawasan tersebut sehingga diberitahu kelak. Mendekati tentera mendedahkan anda kepada bahaya.

3. Pergerakan dari selatan ke utara Semenanjung Gaza atau ke arah jalan Netzarim kekal berbahaya berikutan aktiviti (ketenteraan) di kawasan tersebut.

4. Jika Hamas mematuhi semua butiran perjanjian, maka mulai minggu depan, penduduk Semenanjung Gaza akan dapat kembali ke bahagian utara Semenanjung Gaza, dan arahan akan dikeluarkan berkenaan hal ini.

5. Di selatan Semenanjung Gaza, adalah berbahaya untuk mendekati kawasan lintasan Rafah, Koridor Philadelphi, dan semua kawasan tumpuan tentera.

6. Di kawasan laut sepanjang sektor tersebut terdapat risiko besar untuk memancing, berenang dan menyelam, dan kami beri amaran agar tidak memasuki kawasan laut dalam beberapa hari akan datang.

7. Dilarang mendekati wilayah Israel dan zon penampan. Mendekati zon penampan adalah sangat berbahaya.

Gelombang baharu penangkapan di Hebron, Tulkarem, Tebing Barat

Tue Jan 21 2025

Tentera Israel dilapor menahan ramai rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, dengan jumlah keseluruhan 18 orang ditangkap di bandar Idhna dan Shuweika.

Menurut agensi berita Wafa, lima yang ditangkap di Idhna semalam merupakan adik beradik.

Kenderaan tentera Israel juga dilapor menyerbu bandar Allar dan Sidon di Tebing Barat.


'Situasi di Gaza umpama pesakit pada mesin hayat'

Tue Jan 21 2025

Bantuan yang tiba di Gaza hanya cukup untuk mengelakkan orang ramai daripada kelaparan.

Tamer Qarmout, seorang profesor madya dalam dasar awam di Institut Pengajian Siswazah Doha menyamakan situasi ini dengan meletakkan pesakit pada mesin hayat yang boleh dimatikan pada bila-bila masa.

Menurutnya, Gaza mempunyai populasi seramai 2.2 juta yang telah terselamat daripada genosid dan hidup dalam keadaan yang sangat sukar tanpa keperluan asas, kebanyakannya masih trauma atau sakit.

Qarmout menegaskan bahawa Gaza memerlukan pembukaan penuh kemasukan bantuan kemanusiaan dan pemulihan pembangunan, bukan hanya bantuan kemanusiaan.

66 lagi mayat dibawa keluar dari runtuhan

Tue Jan 21 2025

Pertahanan awam Gaza memaklumkan pasukannya berjaya menggali keluar 66 mayat dari bawah runtuhan rumah dan bangunan yang musnah semalam.

Lima puluh lapan mayat berada di selatan Gaza, manakala lapan lagi di utara, katanya.

Susulan pengeboman berterusan, banyak mayat telah ditinggalkan di bawah runtuhan selama berbulan-bulan, sekali gus menyukarkan proses mengenal pasti identiti mangsa.

Pemimpin petempatan haram Israel sambut baik pembatalan sekatan oleh Trump

Tue Jan 21 2025

Ketua Majlis Petempatan Tebing Barat Utara, Yossi Dagan menyambut baik keputusan Trump untuk membatalkan sekatan AS terhadap penjarah Israel di Tebing Barat yang diduduki.

"Keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik balik sekatan yang memalukan yang dikenakan oleh pendahulunya, Biden, sebaik sahaja memasuki White House bukan sahaja merupakan mesej moral yang penting – ia juga merupakan mesej politik bahawa Amerika Syarikat sekali lagi menjadi rakan sekutu kepada Israel," kata Dagan seperti dipetik saluran berita Israel Hayom.

"Keputusan Trump ini menggambarkan betapa beliau menyayangi Israel dan pro-Israel serta komitmen perjuangannya terhadap Israel.

"Ini menggambarkan, lebih daripada segalanya, betapa kerajaan Israel dan perdana menteri mempunyai peluang bersejarah ... untuk melakukan perkara-perkara besar dan bersejarah – sama ada pentadbiran Trump bersetuju atau tidak – kerana ini adalah perselisihan antara rakan-rakan," kata Dagan.

PBB bimbang gelombang keganasan oleh penjarah Israel

Tue Jan 21 2025

.@OHCHR_Palestine is alarmed by a wave of renewed violence perpetrated by settlers and Israeli security forces in the Occupied #WestBank, coinciding with the implementation of the Gaza ceasefire agreement and the release of hostages and detainees. This has been accompanied by…

— UN Human Rights Palestine (@OHCHR_Palestine) January 20, 2025

WFP jamin makanan untuk lebih 1 juta di Gaza selama 3 bulan

Tue Jan 21 2025

?WFP has enough food pre-positioned and on its way to support over a million people in #Gaza for 3 months.

?This includes food parcels, supplies for bakeries, and nutrition supplements for children.

Watch as WFP's Antoine Renard explains from Gaza ⤵️ pic.twitter.com/xL9c6fXeJD

— World Food Programme (@WFP) January 20, 2025

Penjarah Israel bakar kenderaan, kediaman warga Palestin

Tue Jan 21 2025

Kumpulan hak asasi manusia Israel dan aktivis Palestin melaporkan beberapa siri serangan ganas oleh penjarah ekstremis di Tebing Barat yang diduduki.

Insiden ini melibatkan pembakaran rumah dan kenderaan di beberapa perkampungan Palestin, termasuk Turmus Ayya, Sinjil, dan Ein Sinya.

Serangan dilaporkan sebagai tindak balas terhadap pembebasan tahanan Palestin yang menjadi sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.

Rakaman video oleh organisasi Yesh Din menunjukkan kenderaan dan bangunan terbakar, dengan lelaki bertopeng melempar batu ke arah kediaman dipercayai milik warga Palestin.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam pada itu berkata mereka telah memasuki perkampungan terlibat dan menyurai perusuh.

Walau bagaimanapun, Yesh Din mendakwa tiada taktik penyuraian digunakan terhadap perusuh.


Penjarah Israel bakar kenderaan rakyat Palestin

Tue Jan 21 2025

#Ceasefire? Not in the West Bank
Tonight, dozens of settlers are attacking Palestinian villages across the West Bank.
In the village of Sinjil – Settlers set fire to two homes and at least four vehicles.
In the village of Ein Siniya – Settlers attacked and set fire to homes.
In… pic.twitter.com/nZ24wiEK5B

— Yesh Din English (@Yesh_Din) January 19, 2025

Kediaman rakyat Palestin dibaling batu

Tue Jan 21 2025

The attack last night in Turmusaya included masked settlers throwing stones at homes and vandalizing property: pic.twitter.com/mCSQIFF9wR

— Yesh Din English (@Yesh_Din) January 20, 2025

Majlis Keselamatan PBB bersidang semula Jumaat

Tue Jan 21 2025

Majlis Keselamatan PBB akan bersidang semula pada petang Jumaat selepas kesuntukan masa untuk mendengar ucapan semua negara anggota berhubung gencatan senjata di antara Israel dan Hamas serta situasi di Semenanjung Gaza.

Setakat ini, lebih 50 negara telah berucap dalam mesyuarat tersebut, termasuk Setiausaha Agung PBB, Kesatuan Eropah, dan Liga Negara Arab.

Sebelas lagi negara telah mendaftar untuk berucap apabila mesyuarat disambung semula pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Palestin sedia ambil alih kawalan ke atas Gaza

Tue Jan 21 2025

Pihak Berkuasa Palestin (PA) bersedia untuk mengambil alih kawalan ke atas Gaza.

Menteri Luar Negeri PA, Varsen Aghabekian dalam kenyataan pada mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB mengenai Palestin berkata, ia bersedia untuk menguruskan titik lintasan kemanusiaan, menyediakan perkhidmatan penting, dan mengatur proses pembinaan semula di masa hadapan.



BERITA PENUH DI SINI

Tahanan warga Israel terima 'beg hadiah'

Tue Jan 21 2025

Tiga tahanan warga Israel yang dibebaskan semalam dilapor menerima 'beg hadiah' daripada pihak Hamas.

CNN dalam laporannya menyebut bahawa beg berkenaan dipercayai mengandungi sijil pembebasan, rantai leher, dan gambar.

Beg dengan logo Briged Qassam itu, walau bagaimanapun, dilapor dirampas pihak keselamatan Israel tidak lama kemudian.



Erdogan tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi, kekal persahabatan dengan Trump

Tue Jan 21 2025

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.

"Adalah sangat penting bagi kami untuk mengekalkan persahabatan yang sama seperti dalam penggal pertama Trump," kata Erdogan.


BERITA PENUH DI SINI

630 trak bantuan kemanusiaan masuk Gaza - PBB

Tue Jan 21 2025

Lebih 630 trak bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza dengan sekurang-kurangnya 300 daripada trak tersebut menuju ke utara di mana lokasi krisis kelaparan semakin meruncing pada Ahad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memaklumkan demikian kepada Majlis Keselamatan PBB pada Isnin.


BERITA PENUH DI SINI

Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat

Tue Jan 21 2025

Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Datuk Bandar Al-Funduq Loui Tayem memberitahu Anadolu, puluhan pendatang haram menyerang rumah dan kenderaan penduduk di pinggir kampung, membakar sebuah kereta dan beberapa kenderaan lain serta merosakkan banyak kedai.


BERITA PENUH DI SINI

Netanyahu rancang jumpa Trump, sifatkan “hari terbaik” mereka berdua akan tiba

Tue Jan 21 2025

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merancang untuk melawat Washington dan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 yang baru mengangkat sumpah, Donald Trump "dalam beberapa minggu akan datang," kata seorang pegawai Israel kepada CNN.

Kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan normalisasi hubungan Israel dengan Arab Saudi, program nuklear Iran serta gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang sedang berlangsung, tambah pegawai itu.


BERITA PENUH DI SINI

Trump mengaku gencatan senjata Gaza berpunca daripada kemenangannya

Mon Jan 20 2025

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa kejayaan mencapai keamanan di Asia Barat adalah bertitik tolak daripada kemenangannya pada November lalu, dengan perjanjian gencatan senjata Gaza semalam sebagai langkah pertama.

"Mungkin yang paling indah minggu ini, kita mencapai perjanjian gencatan senjata epik sebagai langkah pertama ke arah keamanan yang berkekalan di Asia Barat," kata Trump kepada penyokongnya pada Ahad malam.

"Perjanjian ini hanya boleh berlaku hasil kemenangan bersejarah kita pada bulan November.

"Itu adalah kemenangan yang hebat. Adakah ia yang terhebat? Saya tidak tahu mana lebih hebat, kemenangan tahun 2016 atau yang ini. Saya rasa yang ini.

"Saya akan menghentikan perang di Asia Barat dan saya akan menghalang Perang Dunia Ketiga daripada berlaku, ia begitu hampir berlaku," kata Trump.

China seru gencatan senjata menyeluruh, berkekalan

Mon Jan 20 2025

China memuji permulaan gencatan senjata yang telah lama dinantikan untuk menamatkan lebih 15 bulan perang di Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning, menyatakan bahawa China mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza dan berharap ia akan dilaksanakan sepenuhnya dan berterusan, serta mencapai gencatan senjata yang menyeluruh dan kekal.

China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

China secara sejarahnya bersimpati dengan perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara untuk konflik Israel-Palestin.

China dilihat lebih neutral dalam konflik ini berbanding pesaingnya, Amerika Syarikat, tetapi berulang kali menyeru Israel untuk menamatkan apa yang disebutnya sebagai "bencana kemanusiaan" di Gaza.

Tempat perlindungan sementara dibina di seluruh Semenanjung Gaza

Mon Jan 20 2025

Palang Merah Palestin sedang membina tempat perlindungan sementara di seluruh Semenanjung Gaza ketika bantuan perlahan-lahan memasuki wilayah yang dilanda perang.

Setakat ini, Palang Merah Palestin telah mendirikan hampir 30 tempat perlindungan untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal, lapor Al Jazeera.

Hampir 70% rumah telah rosak, menyebabkan orang ramai memerlukan tempat perlindungan yang sesuai, kata jurucakap Nebal Farsakh.

Gencatan senjata datang pada saat yang sangat kritikal untuk mencegah kerugian lanjut. Ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah menghadapi cuaca musim sejuk yang sejuk dan hujan beku di samping serangan tentera Israel yang berterusan.

Perjanjian gencatan senjata bolehkan 600 trak bantuan masuk ke Gaza

Mon Jan 20 2025

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, hanya sekitar 40 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari, berbanding sekitar 500 trak sebelum Oktober 2023.

Perjanjian gencatan senjata membenarkan 600 trak bantuan masuk ke Gaza setiap hari, di mana sembilan daripada 10 rakyat Palestin menghadapi kebuluran.


92 peratus rumah di Gaza musnah akibat serangan Israel - OCHA

Mon Jan 20 2025

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Isnin melaporkan bahawa 92 peratus rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, sementara 90 peratus penduduk Palestin hilang tempat tinggal.

"Pengumuman gencatan senjata memberi harapan, tetapi cabaran yang menanti amat besar," lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) memetik Perwakilan WHO di Palestin, Rick Peeperkorn.


BERITA PENUH DI SINI

Operasi pemindahan tahanan rumit - ICRC

Mon Jan 20 2025

Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memaklumkan pemindahan tebusan Israel dan tahanan Palestin pada Ahad adalah operasi rumit yang memerlukan langkah keselamatan ketat.

Sebagai badan kemanusiaan neutral, ICRC memudahkan pemindahan selamat tebusan dan tahanan, dengan kakitangan khusus termasuk doktor yang sedia memberikan rawatan.

Menghadapi orang ramai dan emosi yang tinggi menimbulkan cabaran semasa pemindahan, dan di Gaza, pasukan ICRC perlu menguruskan bahaya daripada bahan letupan yang tidak meletup dan infrastruktur yang musnah.

Semasa operasi pembebasan, semua pihak mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk melindungi orang awam serta kemudahan dan kakitangan perubatan.

Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric, berkata penglibatan organisasi itu dalam pertukaran tersebut adalah tanggungjawab besar dan menunjukkan bagaimana peranan neutral mereka boleh menyelamatkan dan mengubah nyawa.

Hari pertama gencatan senjata berjalan baik - UNRWA

Mon Jan 20 2025

#Gaza #ceasefire @ICRC pic.twitter.com/P62FshQkRq

— Philippe Lazzarini (@UNLazzarini) January 20, 2025

Palang Merah Palestin hantar trak bantuan

Mon Jan 20 2025

Persatuan Palang Merah Palestin menghantar trak bantuan dan membina tempat perlindungan di Gaza.

Trak yang sarat dengan makanan, air, khemah, dan bekalan perubatan menunggu di Jordan, Mesir, dan Tebing Barat yang diduduki.

Jurucakap Nebal Farsakh berkata organisasi itu berkoordinasi dengan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Bulan Sabit Merah Mesir, dan Bulan Sabit Merah Jordan.

Penjagaan kesihatan menjadi keutamaan selepas kebanyakannya 'runtuh' akibat perang berterusan selama 15 bulan.

Bekalan perubatan ini bagi menyokong tugas Palang Merah Palestin di hospital dan pusat perubatan, serta hospital lapangan baharu di Gaza.

Sistem penjagaan kesihatan di utara Gaza dilaporkan runtuh, dengan ribuan keluarga dijangka kembali ke kediaman mereka yang telah musnah.


Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO

Mon Jan 20 2025

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyambut baik gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan, namun memberi amaran bahawa cabaran kesihatan di Gaza sangat besar kerana penduduk di wilayah yang dilanda perang itu menghadapi peningkatan penyakit dan kekurangan zat makanan.

Kempen ketenteraan Israel selama 15 bulan di Gaza telah memusnahkan kawasan kejiranan, mengurangkan bekalan makanan, air dan bahan api, serta merosakkan infrastruktur kesihatan.



BERITA PENUH DI SINI

Tedros seru komitmen semua pihak ke arah keamanan berterusan

Mon Jan 20 2025

The ceasefire in #Gaza and the start of the hostage and prisoner release process bring great hope for millions of people whose lives have been ravaged by the conflict.

It is a moment I have been calling and hoping for.

However, addressing the massive health needs and… pic.twitter.com/Lyfuyab9Sw

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) January 19, 2025

Cabaran kesihatan di Gaza sangat besar - WHO

Mon Jan 20 2025

The ceasefire in #Gaza brings hope, but immense challenges lie ahead to restore the health system.@WHO is ready to scale up the response together with @UN health partners including @UNFPA, @UNICEF, @UNRWA and 67 Health Cluster partner. However, it is critical that the security… pic.twitter.com/ddgUu2PIqn

— WHO in occupied Palestinian territory (@WHOoPt) January 19, 2025

Trak pertama bawa bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah Palestin - PBB

Mon Jan 20 2025

Beberapa minit selepas gencatan senjata bermula, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa trak pertama yang membawa bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan telah memasuki wilayah Palestin.

"Adalah penting bahawa gencatan senjata ini menghapuskan halangan keselamatan dan politik yang ketara untuk menyampaikan bantuan," kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga bersedia untuk menghantar bantuan ke Gaza tetapi memerlukan akses sistematik ke seluruh wilayah tersebut.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, di akaun X berkata bahawa memulihkan sistem kesihatan di Gaza akan menjadi tugas yang kompleks dan mencabar, memandangkan skala kemusnahan.

Agensi PBB, Program Makanan Sedunia (WFP), berkata ia sedang bergerak pantas untuk menghantar makanan kepada sebanyak mungkin penduduk Gaza.

"Kami cuba mencapai sejuta orang dalam masa yang sesingkat mungkin," kata Timbalan Pengarah Eksekutif WFP, Carl Skau.

Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan

Mon Jan 20 2025

Tiga wanita Israel dibebaskan Hamas

Mon Jan 20 2025

Tiga wanita Israel yang ditahan selama 471 hari oleh Hamas dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.

Mereka ialah Emily Damari, Romi Gonen, dan Doron Steinbrecher.

Romi Gonen, 24, diculik dari festival muzik Nova di selatan Israel pada 7 Oktober 2023.

Emily Damari, 28, adalah warganegara British-Israel yang diculik dari apartmennya di Kibbutz Kfar Aza. 

Doron Steinbrecher, 31, adalah jururawat veterinar yang juga tinggal di Kibbutz Kfar Aza. Dia sempat menghantar mesej suara kepada rakan-rakannya semasa penculikannya. 

Rangkuman berita setakat jam 1 petang

Mon Jan 20 2025

1. Pihak berkuasa Israel telah membebaskan 90 rakyat Palestin -- 69 wanita dan 21 remaja dan kanak-kanak, dari penjara tentera Ofer di Israel kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan pada Isnin (23:30 GMT).

2. Pembebasan ini berlaku beberapa jam selepas Hamas membebaskan tiga tawanan Israel dari Gaza, pada hari pertama perjanjian gencatan senjata.

3. Beberapa rakyat Palestin yang dibebaskan menggambarkan keadaan sukar di penjara Israel, termasuk kekurangan rawatan perubatan dan kurungan bersendirian.

4. Antara rakyat Palestin yang dibebaskan termasuk ahli politik Khalida Jarrar dan wartawan Rula Hassanein.

5. Rakyat Palestin di Gaza meraikan malam pertama tanpa kebimbangan dibom tentera Israel apabila gencatan senjata memasuki hari kedua.

'Umpama keluar dari neraka' - Tahanan Palestin dakwa dilayan seperti haiwan di penjara Israel

Mon Jan 20 2025

Tahanan Palestin yang dibebaskan mendakwa mereka ditahan dalam keadaan yang mengerikan di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki.

"Saya keluar dari neraka dan sekarang saya di syurga, kami keluar dari neraka," kata tahanan yang dibebaskan, Abdelaziz Atawneh Atawneh, kepada Reuters.


BERITA PENUH DI SINI

92% rumah musnah atau rosak di Gaza - Agensi PBB

Mon Jan 20 2025

Hampir semua perumahan di Gaza telah musnah atau rosak dalam perang Hamas-Israel.

Sebanyak 436,000 unit rumah — 92% daripada rumah di Gaza — telah terjejas, dengan 160,000 musnah dan 276,000 rosak teruk atau sebahagian, menurut kenyataan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Selain itu, lebih 1.8 juta orang memerlukan tempat perlindungan kecemasan dan barangan rumah penting dengan segera.

Menurut CNN, tempoh bertenang daripada keganasan di Gaza bermakna ramai rakyat Palestin yang dipindahkan semasa perang kini kembali ke kediaman masing-masing.

Namun seorang penduduk Gaza memberitahu CNN bahawa detik itu agak pahit apabila begitu banyak rumah telah menjadi runtuhan.

PBB memaklumkan bahawa kira-kira 90% daripada penduduk di seluruh Gaza telah dipindahkan, dengan kebanyakan daripada mereka terpaksa berpindah berulang kali sekitar 10 kali atau lebih.

"Banyak kawasan di Gaza hanya tinggal runtuhan, manakala serangan udara dan operasi ketenteraan Israel telah merosakkan atau memusnahkan sekitar 60 peratus bangunan, termasuk rumah, sekolah dan hospital.

"Kempen pengeboman berterusan telah menjejaskan sistem penjagaan kesihatan, sistem sisa pepejal musnah, menyebabkan risiko alam sekitar dan kesihatan yang serius, dan sistem air telah dipotong secara drastik," menurut kenyataan PBB.

Siapa tahanan pertama dibebaskan?

Mon Jan 20 2025

Sembilan puluh tahanan Palestin telah dibebaskan pada hari pertama perjanjian gencatan senjata.

Mereka terdiri daripada golongan wanita atau kanak-kanak.


BERITA PENUH DI SINI

Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan di malam pertama gencatan senjata

Mon Jan 20 2025

Untuk pertama kali dalam lebih setahun, rakyat Palestin dapat tidur tanpa rasa takut bahawa bom yang tidak dijangka akan menghujani rumah atau khemah mereka.

Pada pagi awal Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.


BERITA PENUH DI SINI

Rakaman Dron Tunjuk Pembebasan Tebusan Israel di Gaza

Mon Jan 20 2025

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital

Mon Jan 20 2025

Pengarah Hospital Kanak-Kanak Safra, Profesor Itai Pessach memaklumkan ketiga-tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil.

Dalam satu sidang akhbar pada Ahad, beliau memaklumkan, tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.


BERITA PENUH DI SINI

Tebusan Israel dibebaskan, diterbangkan ke Tel Aviv

Sun Jan 19 2025

Bas bawa tahanan Palestin berlepas dari penjara Israel

Sun Jan 19 2025

Sebuah bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin.

Pembebasan tahanan Palestin ini adalah bagi kepulangan tiga tebusan Israel pada Ahad.


BERITA PENUH DI SINI

Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian

Sun Jan 19 2025

Pasukan Palang Merah memasuki Penjara Ofer: Sumber

Sun Jan 19 2025

Delegasi Palang Merah telah memasuki Penjara Ofer di tengah-tengah kawalan keselamatan ketat untuk menerima tahanan Palestin yang akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata, menurut sumber kepada Al Jazeera.

Seramai 90 banduan Palestin terdiri daripada wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada tiga tebusan warga Israel yang ditahan di Gaza.

Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM

Sun Jan 19 2025

Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa "harapan yang amat diperlukan" ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Gencatan senjata di Gaza membawa harapan yang amat diperlukan, menawarkan peluang untuk menyatukan semula keluarga dan mula membina semula kehidupan yang hancur," kata Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Amy Pope di X.


BERITA PENUH DI SINI

Penyerahan tiga tebusan Israel kepada ICRC sedang dijalankan

Sun Jan 19 2025

Penyerahan tiga tebusan wanita Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sedang dijalankan, kata seorang pegawai Hamas kepada Reuters pada Ahad.

Pasukan keselamatan Gaza diletak atur di seluruh wilayah selepas gencatan senjata bermula

Sun Jan 19 2025

Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah itu pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata dengan Israel berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Pejabat media Kerajaan Gaza memaklumkan bahawa letak atur ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengekalkan keselamatan dan ketenteraman di seluruh kawasan itu.


BERITA PENUH DI SINI

AS akan sokong Israel, jika Hamas ingkar perjanjian gencatan senjata

Sun Jan 19 2025

Amerika Syarikat akan menyokong Israel dalam apa juga yang perlu dilakukan rejim zionis itu jika Hamas mengingkari perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Bakal Penasihat Keselamatan kepada Presiden Terpilih Donald Trump, Mike Waltz juga berkata, Hamas tidak akan pernah mentadbir Gaza dan ia tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan CBS pada Ahad.

Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa

Sun Jan 19 2025

Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata, kata seorang pegawai Palestin.

"Puluhan trak bantuan telah tiba dari sebelah Mesir ke lintasan Karam Abu Salem (Kerem Shalom)," kata pegawai itu kepada Agensi Anadolu (AA).


BERITA PENUH DI SINI

Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan

Sun Jan 19 2025

Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata tebusan, yang akan dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata dalam perang Gaza selama 15 bulan, termasuk wanita dan kanak-kanak.


BERITA PENUH DI SINI

Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan

Sun Jan 19 2025

Tiga tebusan warga Israel akan dibebaskan pada jam 4 petang waktu tempatan.

Malah kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel pada masa sama memaklumkan empat lagi tebusan wanita dijangka dibebaskan dalam tempoh seminggu.


BERITA PENUH DI SINI

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza

Sun Jan 19 2025

Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pandangan ini disuarakan dalam Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang berlangsung di pulau lagenda ini.


BERITA PENUH DI SINI

Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan

Sun Jan 19 2025

Satu kenyataan dari pejabat Netanyahu, yang dikeluarkan kurang daripada sejam sebelum gencatan senjata dijadualkan bermula pada 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang), berkata beliau telah 'mengarahkan tentera IDF tidak memulakan gencatan senjata sehingga Israel menerima senarai itu.

Pertukaran awal itu bertujuan membebaskan tiga tebusan Israel dari tahanan sebagai pertukaran dengan sekumpulan pertama tahanan Palestin.


BERITA PENUH DI SINI

Hamas keluarkan tiga nama tebusan Israel - Jurucakap

Sun Jan 19 2025

#gencatan senjata#Gaza#Palestin#Israel
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.