Lapangan Terbang Queenstown di New Zealand dikosongkan akibat ancaman bom

Bernama
Oktober 6, 2023 11:53 MYT
Lapangan terbang itu ditutup sementara berikutan laporan mengenai bahan letupan dengan penumpang dan orang awam diminta menjauhi lapangan terbang. - Gambar fail
WELLINGTON: Lapangan Terbang Antarabangsa Queenstown di New Zealand telah dikosongkan pada Jumaat akibat ancaman bom, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Lapangan terbang itu ditutup sementara berikutan laporan mengenai bahan letupan dengan penumpang dan orang awam diminta menjauhi lapangan terbang.
Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil pada pagi Jumaat, kata lapangan terbang itu, menambah penumpang penerbangan yang terjejas mempunyai akses kepada makanan dan tempat perlindungan yang disediakan.
Queenstown di Pulau Selatan New Zealand terkenal dengan sukan pengembaraan dan pemandangan yang indah.
-- BERNAMA
#lapangan terbang #New Zealand #Queenstown