Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali dibuka semula
Agensi
November 29, 2017 20:41 MYT
November 29, 2017 20:41 MYT
Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai di Bali telah dibuka semula pada Selasa, jam tiga petang waktu tempatan.
Lapangan terbang di Denpasar itu ditutup selama tiga hari susulan letusan Gunung Agung sejak Sabtu.
Asap dan debu tebal dari Gunung Agung kini mencecah ketinggian 7,600 meter dan menuju ke arah selatan dan tenggara dari gunung terbabit.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia menasihatkan penduduk, terutamanya yang berada di lingkungan bahaya Gunung Agung untuk berpindah ke tempat selamat.
Menurut jurucakap lapangan terbang Arie Ahsannurohim, keadaan angin tersebut membenarkan lapangan terbang dibuka semula untuk penerbangan.
Kali terakhir Gunung Agung meletus adalah pada 1963, di mana hampir 1,100 orang terkorban.