Lapangan Terbang Los Angeles dikosongkan susulan laporan insiden tembakan
Agensi
Ogos 29, 2016 12:44 MYT
Ogos 29, 2016 12:44 MYT
Satu arahan pengosongan besar-besaran dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Los Angeles Amerika Syarikat selepas polis mendapat laporan bahawa seorang penembak ‘aktif’ sedang berkeliaran.
Bagaimanapun is kemudiannya disahkan sebagai laporan tidak benar.
Ramai penumpang sebelum itu mengguna media sosial untuk melaporkan situasi dari lapangan terbang itu.
Anggota polis turut dikerahkan ke tempat kejadian.
Menurut twitter Lapangan Terbang Los Angeles terbabit, “Semua langkah keselamatan sedang diambil untuk memastikan keselamatan orang awam.
“Diminta bertenang.Terima kasih di atas kerjasama anda.”
Di laman sosial, orang ramai yang berada di lapangan terbang yang disenaraikan sebagai antara paling sibuk di dunia itu turut berkongsi keadaan semasa.
Sementara itu, satu tweet dari anggota polis Los Angeles, Andy Neiman, mengesahkan tiada tembakan dilepaskan.
Hal itu turut disahkan oleh dalam satu laporan CNN menerusi akaun Twitter mereka.