Lapangan terbang Kolkata ditutup 21 jam berikutan Siklon Remal menghampiri pantai Bangladesh, India

Bernama
Mei 26, 2024 12:10 MYT
Menurut kenyataan dikeluarkan lapangan terbang Kolkata, operasi penerbangan digantung dari 12 tengah hari Ahad sehingga 9 pagi Isnin berikutan ramalan hujan yang sangat lebat dan angin kencang di Kolkata. - Foto Kolkata Airport
NEW DELHI: Lapangan terbang Kolkata, India akan ditutup selama 21 jam berikutan Siklon Remal dijangka bertemu daratan di Bangladesh dan beberapa tempat di negeri Benggala Barat, India pada Ahad.
"Operasi penerbangan akan digantung dari 12 tengah hari Ahad sehingga 9 pagi Isnin berikutan ramalan hujan yang sangat lebat dan angin kencang di Kolkata," kata pihak lapangan terbang itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Remal akan secara intensif berubah kepada ribut siklon yang kuat menjelang pagi Ahad serta merentasi antara Bangladesh dan kawasan pantai Benggala barat sekitar tengah malam, ramal jabatan cuaca India.
Polis Kolkata juga telah menubuhkan sebuah pusat kawalan, yang turut melibatkan wakil agensi pengurusan bencana dan jabatan perbandaran untuk bertindak balas terhadap sebarang situasi kecemasan akibat siklon itu.
-- BERNAMA
#lapangan terbang Kolkata #India #Siklon Remal #penerbangan digantung
;