Lapangan terbang di timur Perancis dibuka semula selepas ditutup 'atas sebab keselamatan'

Bernama
Julai 26, 2024 12:56 MYT
Lapangan Terbang Basel-Mulhouse EuroAirport, yang terletak di sempadan Perancis-Switzerland kembali beroperasi selepas ditutup sementara. - Wikipedia
ANKARA: Sebuah lapangan terbang di timur Perancis telah dibuka semula pada Jumaat selepas ditutup pada awalnya "atas sebab keselamatan", lapor Agensi Anadolu.
"Lapangan Terbang telah dibuka semula dan operasi penerbangan bermula secara berperingkat, Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat penerbangan," menurut hantaran pihak Lapangan Terbang Basel-Mulhouse EuroAirport, yang terletak di sempadan Perancis-Switzerland.
Terdahulu, pihak pengurusan mengumumkan "atas sebab keselamatan, terminal terpaksa dikosongkan dan kini ditutup," tanpa memberikan butiran lanjut.
Perancis telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal pagi Jumaat susulan "tindakan khianat" yang menyasarkan rangkaian kereta api terutamanya di wilayah utara dan timur negara itu.
Kabinet lokasi kereta api dan kabel telah dibakar dan dipotong, kata pegawai.
Laluan trafik kereta api telah terganggu teruk akibat serangan itu ketika Paris bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah upacara pembukaan Sukan Olimpik pada sebelah malam di Sungai Seine.
Acara bola sepak, memanah, dan ragbi telah bermula awal minggu ini sebelum upacara itu.
-- BERNAMA
#Basel-Mulhouse EuroAirport #operasi #keselamatan #Perancis #lapangan terbang