Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket
Bernama
Februari 2, 2022 19:22 MYT
Februari 2, 2022 19:22 MYT
BAGHDAD: Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad terus menyaksikan serangan menggunakan roket pada Rabu, menurut seorang anggota keselamatan tempatan.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu, dan tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai itu.
Serangan pada Rabu merupakan serangan kedua dalam tempoh lima hari.
Pada Jumaat, enam roket disasarkan di perkarangan lapangan terbang, menyebabkan kerosakan pada dua pesawat awam.-- BERNAMA