Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kembali beroperasi
Sinar Harian
Ogos 13, 2019 10:22 MYT
Ogos 13, 2019 10:22 MYT
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong berkata operasi kembali diteruskan awal pagi ini dengan penerbangan dijangka mula tiba dan berlepas susulan protes yang menyebabkan hab perjalanan utama terbabit terjejas teruk.
"Kami telah menyambung kembali daftar masuk," kata seorang jurucakap lapangan terbang yang mengesahkan penerbangan akan kembali beroperasi dalam masa beberapa jam berikutnya.
Notis di balai berlepas turut memaparkan beberapa penerbangan diletakkan dalam status 'boarding soon" manakala beberapa yang lain menyenaraikan jadual berlepas baharu.
Penumpang mula didaftar masuk untuk penerbangan dan hanya segelintir penunjuk perasaan dilaporkan masih berada di lapangan terbang berkenaan.
Pihak berkuasa semalam mengumumkan pembatalan semua penerbangan tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong berikutan protes yang disertai lebih 5,000 penunjuk perasaan.
#jadual berlepas baharu
#Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
#pembatalan semua penerbangan
#Penunjuk perasaan