Lapan terbunuh serangan bom di Somalia
Astro Awani
September 25, 2021 07:28 MYT
September 25, 2021 07:28 MYT
Seorang anggota polis memerhatikan pasukan Bulan Sabit Merah mengeluarkan mayat mangsa daripada sebuah kereta yang musnah akibat serangan bom berdekatan Istana Presiden, Mogadishu, 25 Sept, 2021. - REUTERS
LAPAN terbunuh dalam kejadian letupan kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan sebelum memasuki perkarangan Istana Presiden di Somalia.
Perkara itu disahkan pihak polis yang berkata pada Sabtu, kenderaan yang penuh dengan bahan letupan telah melanggar kereta serta trak di laluan berkenaan.
Pusat pemeriksaan itu adalah yang digunakan oleh presiden dan perdana menteri Somalia untuk pergi dan balik dari lapangan terbang di ibu kota Somalia, Mogadishu.
Kejadian berdarah itu dalam masa sama menyebabkan sembilan individu lain cedera, kata jurucakap polis Abdifatah Adam Hassan.
Ketika ini tumpuan terarah kepada kumpulan pengganas sebagai suspek utama kejadian.
Kumpulan al-Qaida yang berkait dengan al-Shabab dipercayai bertanggungjawab, kerana sudah beberapa kali melakukan serangan sedemikian di ibu negara itu.