Lapan pesakit ICU maut dalam kebakaran hospital
Bernama
Jun 18, 2024 17:04 MYT
Jun 18, 2024 17:04 MYT
TEHRAN: Lapan orang terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.
Ringkasan AI
- Hospital di Rasht, Iran mengalami kebakaran yang menyebabkan lapan orang terkorban, mereka adalah pesakit di unit rawatan rapi.
- Laporan dari agensi berita IRNA menyatakan kehadiran puluhan anggota bomba di tempat kejadian untuk menangani kebakaran yang berlaku di hospital berdekatan Laut Caspian itu.
- Sebanyak 140 pesakit telah diselamatkan, tetapi terdapat kebimbangan bahawa jumlah mangsa yang terkorban mungkin lebih tinggi, sementara penyebab kebakaran masih dalam siasatan.
Kebakaran berlaku di sebuah hospital di bandar Rasht berhampiran Laut Caspian di utara negara itu, menurut agensi berita negara IRNA pada Selasa.
Menurut penemuan awal, mangsa yang terkorban adalah pesakit di unit rawatan rapi. Puluhan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian, kata ketua perkhidmatan kecemasan di bandar itu dalam satu wawancara dengan televisyen negara.
Punca kebakaran sedang disiasat. Menurut laporan, sekitar 140 pesakit telah diselamatkan, namun terdapat kebimbangan bahawa mungkin terdapat lebih ramai mangsa.
-- BERNAMA