Lapan pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran di hospital India
Agensi
Ogos 6, 2020 21:43 MYT
Ogos 6, 2020 21:43 MYT
Lapan pesakit COVID-19 terkorban dalam insiden kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Ahmedabad, barat India, pada awal Khamis.
Pegawai memaklumkan anggota bomba dengan kekuatan 15 jentera dikejarkan ke Hospital Shrey sebelum berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian.
Susulan insiden tersebut, 35 pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital lain.
Menurut pegawai pemerintah negeri Gujarat, Rajiv Kumar Gupta, punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas.
Katanya, seorang anggota paramedik sedang menerima rawatan selepas terbakar kerana cuba memadamkan api.
#Ahmedabad
#COVID-19
#Gujarat
#Hospital Shrey
#India
#pesakit COVID-19
#Rajiv Kumar Gupta
#unit rawatan rapi