Lapan pengunjung pasar raya jadi tebusan lelaki bersenjata

Agensi
Mac 23, 2018 19:31 MYT
Pihak berkuasa anti pengganas dan unit tindakan khas (UTK) sedang menyiasat serangan itu selain bergegas ke lokasi kejadian.
Sekurang-kurangnya lapan pengunjung dijadikan tebusan di sebuah pasar raya di Trebes, barat daya Perancis, lapor sumber polis pada Jumaat.
Sumber polis itu turut menambah suspek juga melepaskan tembakan ke arah pihak polis sebelum mendakwa dia merupakan 'individu yang setia' kepada kumpulan militan Daish.
Seorang sumber di pejabat pendakwa Paris berkata pihak berkuasa anti pengganas dan unit tindakan khas (UTK) sedang menyiasat serangan itu selain bergegas ke lokasi kejadian.
Kesatuan polis UNSA juga mengatakan di Twitter operasi polis sedang dijalankan setelah seorang individu sebelum ini menembak empat pegawai di rantau Carcassone yang mencederakan salah seorang daripada mereka.
Kementerian Dalam Negara Perancis, pihak keselamatan sudah tiba di lokasi kejadian bagi melancarkan operasi tetapi sehingga kini, tiada maklumat lanjut.
#Islamic State #keganasan #keselamatan #Paris #penjenayah #Perancis #tebusan
;